Jadual Siaran Percuma Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2018 Di RTM

KEMASKINI 30 Jun 2018: Jadual Pusingan 16 Kumpulan Dan Cara Menonton Percuma

Demam Piala Dunia FIFA 2018 (FIFA 2018) sudahpun bermula dan pastinya peminat ternanti-nanti depan kaca televisyen untuk melihat pasukan kegemaran mereka beraksi. Baru-baru ini, Kementerian Penerangan Malaysia mengumumkan akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan Piala Dunia FIFA 2018 secara percuma.

Sebanyak 41 perlawanan daripada 64 perlawanan boleh anda tonton di TV1 ataupun TV2 yang boleh diakses melalui beberapa medium. Antaranya adalah:

  1. Televisyen terrestial ataupun lebih dikenali sebagai TV analog
  2. Televisyen terrestial digital dijenamakan kepada myfreeview ataupun MYTV di Malaysia (baca cara tetapan di sini)
  3. APP telefon sama ada Android ataupun iOS
  4. Stream terus dari laman web RTM

25 daripada 41 perlawanan yang boleh anda tonton secara percuma di RTM

No.TarikhPerlawananMasaSaluran
114-JunRussia v. Arab Saudi11:00mlmRTM2
215-JunMesir v. Uruguay07:30mlmRTM2
316-JunPortugal v. Sepanyol01:30mlmRTM1
416-JunPerancis v. Australia05:30ptgRTM2
517-JunPeru v. Denmark12:30mlmRTM2
617-JunCroatia v. Nigeria02:30mlmRTM1
717-JunCosta Rica v. Serbia07:30mlmRTM2
818-JunBelgium v. Panama (tertunda)11:30mlmRTM1
919-JunColombia v. Jepun07:30mlmRTM2
1020-JunRussia v. Mesir01:30mlmRTM1
1121-JunDenmark v. Australia07:30mlmRTM1
1221-JunIran v. Sepanyol01:30mlmRTM1
1322-JunArgentina v. Croatia01:30mlmRTM1
1422-JunBrazil v. Costa Rica (tertunda)08:30mlmRTM1
1523-JunBelgium v. Tunisia07:30mlmRTM1
1623-JunKorea Selatan v. Mexico07:30mlmRTM1
1724-JunJerman v. Sweden (tertunda)02:30mlmRTM1
1824-JunJepun v. Senegal10:30mlmRTM1
1925-JunPoland v. Colombia (tertunda)02:30mlmRTM1
2025-JunArab Saudi v. Mesir (tertunda)10:30mlmRTM1
2126-JunSepanyol v. Maghribi (tertunda)02:30mlmRTM1
2227-JunNigeria v. Argentina01:30mlmRTM1
2327-JunKorea Selatan v. Jerman09:30mlmRTM1
2428-JunSerbia v. Brazil01:30mlmRTM1
2529-JunEngland v.Belgium01:30mlmRTM1

Kesemua 25 perlawanan yang dinyatakan di atas adalah untuk perlawanan kumpulan. Baki 16 adalah untuk pusingan kalah mati yang akan diumumkan kemudian.

Selain RTM, di mana lagi saya boleh tonton FIFA 2018?

Untuk menonton kesemua 64 perlawanan pada temasya ini, Astro adalah pemegang hak penyiaran untuk stesen televisyen berbayar dan anda boleh melanggan pakej sukan daripada mereka.

Terdapat tiga jenis langganan Pas Saluran Piala Dunia yang disediakan Astro, iaitu:

  1. Pelanggan ‘Pek Sukan Astro’ / ‘SuperPack’ / ‘SuperPack Plus’ mendapat pas secara PERCUMA.
  2. Pelanggan Astro yang tidak melanggan ‘Pek Sukan Astro’ dan pelanggan prabayar NJOI pada harga RM100.
  3. Bukan pelanggan Astro boleh menonton menerusi platform Astro GO pada harga RM120.

Anda juga boleh membeli pas menonton perlawanan secara a la carte pada harga RM1 hasil kerjasama Maxis dengan Astro. Hanya berbekalkan RM1, anda boleh menonton tanpa was-was kerana kuota khas data akan disediakan untuk melayan bola.