• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tonton Piala Dunia serendah RM1 dengan data percuma di Maxis dan Hotlink

  • OLEH Najib
  • 12:21 pm
  • 12/06/2018
  • Komen
Tonton Piala Dunia serendah RM1 dengan data percuma di Maxis dan Hotlink
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo telah mengumumkan penaja bagi siaran Piala Dunia 2018 di RTM adalah Maxis (Penaja Platinum) dan AirAsia (Penaja Emas). RTM akan menyiarkan 41 dari 64 perlawanan, di mana 27 perlawanan disiarkan secara langsung dan perlawanan selebihnya secara tertunda.

Selain menjadi penaja di RTM, Maxis turut bekerjasama dengan Astro bagi membolehkan pelanggannya menikmati semua perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung. Pelanggan Maxis dan Hotlink, boleh menonton Piala Dunia 2018 secara langsung di mana jua menggunakan peranti mudah alih mereka.



Maxis menawarkan Pas Piala Dunia kepada pengguna Maxis dan Hotlink pada kadar RM1 untuk 1 perlawanan. Pas Piala Dunia ini membolehkan pengguna menonton 1 perlawanan secara langsung, bersama caj data percuma. Tidak perlu risau kehabisan data ketika menonton.

Kadar ini boleh dikatakan lebih murah dari Pas Piala Dunia Astro yang dikenakan bayaran RM120 untuk menonton semua perlawanan. Dengan Maxis, hanya bayar RM64 untuk menonton semua perlawanan, dengan data percuma.



Kalau anda tiada talian Maxis atau Hotlink, pergi beli pek sim Hotlink berharga RM10 yang ada kredit RM6 di dalamnya, tambah nilai RM60 untuk tempoh sah selama 60 hari dan beli kesemua 64 Pas Piala Dunia Maxis dengan membayar RM64 sahaja. Masih ada baki kredit RM2. Sebenarnya, tak perlu beli semua pun kerana ada perlawanan disiarkan secara langsung dan percuma di Astro Arena.

Untuk melanggan Pas Piala Dunia Maxis ini, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi MyMaxis atau Hotlink RED. Pengguna digalakkan membeli pas ini 3 jam sebelum perlawanan kerana kod kupon akan dihantar dalam masa 2 jam. Malah, pas tidak akan dijual 3 jam sebelum perlawanan bermula.

Selepas menerima kod kupon, ia perlu ditebus di pautan ini. Pengguna perlu memiliki akaun Astro GO untuk menebus kod kupon tadi. Selepas selesai menebus, perlawanan boleh ditonton menerusi aplikasi mudah alih Astro GO di Apple Appstore, Google Playstore, atau di laman web Astro GO. Maklumat lanjut tentang Pas Piala Dunia Maxis ini boleh dirujuk di sini.

Pas Piala Dunia Maxis telah mula dijual sekarang dengan perlawanan pertama iaitu Rusia menentang Arab Saudi berlangsung pada hari Khamis ini, 14 Jun 2018 jam 11 malam. Kalau nampak anak bulan, makanya malam rayalah perlawanan pertama ini.

Maxis turut menyediakan aplikasi khas Bola Raya, untuk memeriahkan lagi sambutan Piala Dunia 2018. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

Tags: hotlinkmaxisPiala DuniaPiala Dunia 2018World CupWorld Cup 2018
Najib

Najib

POPULAR

Tonton Piala Dunia serendah RM1 dengan data percuma di Maxis dan Hotlink

Tonton Piala Dunia serendah RM1 dengan data percuma di Maxis dan Hotlink

12 June 2018
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN