• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia 2.1 peranti Android Go dengan skrin besar dan bateri 2 hari

  • OLEH Najib
  • 4:30 pm
  • 16/08/2018
  • Komen
Nokia 2.1 peranti Android Go dengan skrin besar dan bateri 2 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Pada April lepas, HMD Global telah melancarkan peranti Android Go pertama mereka, Nokia 1 di Malaysia. Hari ini, mereka mengumumkan ketibaan peranti kedua, Nokia 2.1 yang menjalankan sistem operasi Android Oreo Go Edition.

Nokia 2.1 memiliki beberapa kelebihan berbanding Nokia 1, seperti skrin HD lebih besar berukuran 5.5-inci, serta bateri lebih besar 4,000mAh yang dikatakan boleh bertahan 2 hari.



Kuasa pemprosesnya diuruskan oleh cip Snapdragon 425, dengan hanya 1GB RAM serta 8GB storan dalaman. Kad memori mikrosd diterima untuk storan tambahan. Kuasa yang cukup makan sahaja tetapi cukup lancar menjalankan Android Go serta aplikasi Go seperti Maps, Youtube dan Assistant.

Untuk kamera, Nokia 2.1 dilengkapi sensor 8MP autofokus bersama LED Flash di belakang, dan sensor 5MP bagi kamera hadapan.



Satu ciri menarik padanya adalah pembesar suara stereo menghadap depan, serta warna badan dwi-tona. Warna disediakan adalah biru/tembaga dan kelabu/perak.

Nokia 2.1 akan mula dijual di Malaysia pada 17 Ogos 2018, dengan tanda harga RM415. Jika anda mahu peranti Android Go yang lebih murah, Nokia 1 dijual pada harga RM299 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Nokia 2.1.

Tags: hmd globalNokiaNokia 2.1nokia 2.1 malaysiaNokia Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Nokia 2.1 peranti Android Go dengan skrin besar dan bateri 2 hari

Nokia 2.1 peranti Android Go dengan skrin besar dan bateri 2 hari

16 August 2018
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

24 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

24 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN