Kamera Mirrorless Full Frame Pertama Canon Tiba Di Malaysia Dengan Tanda Harga Menarik

Memang agak terlewat berbanding Sony yang sudahpun memasuki iterasi ke-7 untuk kamera mirrorless mereka. Tapi, biar lambat asal selamat. Kamera mirrorless pertama Canon yang dinamai EOS R kini diumumkan di Malaysia untuk bersaing dengan nama-nama seperti A7 III, dan Nikon Z7.

Kelebihan utama mana-mana kamera mirrorless tidak kira jenama adalah saiznya yang kompak berbanding DSLR tetapi masih boleh dipadatkan dengan spesifikasi-spesifikasi premium.

Dalam kes EOS R, kamera ini memiliki komponen setara EOS 5D Mark IV. Jadi anda menerima kamera dengan sensor 30.3 MP full frame. Seperti kebanyakan kamera Canon yang lebih moden, sistem membidik fokusnya adalah daripada jenis dual piksel, setanding seperti yang ada pada kamera Sony.

Disebabkan fizikalitinya yang jauh berbeza daripada kamera Canon SOny sebelum ini, Sony perlu membangunkan sistem lensa yang baru dan ia dinamakan RF Mount. Kaki RF memiliki diameter 54mm serta jarak flange 20mm. Untuk rujukan, kaki EF yang digunakan Canon sejak 1987 mempunyai diameter 54mm serta jarak flange 44mm.

Untuk permulaan, Canon memperkenalkan beberapa lensa berkaki RF seperti:

  • 24-105mm F4
  • 50mm F1.2
  • 28-70mm F1.2
  • 35mm F1.8 makro
  • 32mm F1.4
  • 400mm F2.8
  • 600mm F4

Tapi anda masih boleh menggunakan lensa legasi sehingga lensa EF/EF-S dengan syarat penyesuai digunakan.

Kelebihan kamera ini berbanding pesaingnya, pada pendapat saya, adalah kehadiran paparan boleh kilas menghadap subjek. Fungsi yang tidak ada pada kamera jenama lain yang setara ini pastinya menarik minat golongan YouTuber, vlogger ataupun pembangun kandungan yang bergerak solo.

Beberapa port I/O yang boleh ditemui pada bahagian sisi kamera ini adalah seperti USB-C, mini-HDMI, mikrofon masuk, audio keluar, dan remote shutter.

BACA  HTC Desire 12s miliki kamera unik yang pasti menarik perhatian

Maklumat tetapan kamera dipancarkan melalui tiga paparan digital berlainan saiz yang ada padanya. Paparn LCD boleh kilas memiliki resolusi 2.1 MP menakala EVF-nya memiliki 3.69 MP. Satu lagi paparan digital adalah di sebelah butang shutter.

Ia memaparkan maklumat penting seperti kelajuan pengatup, saiz apertur, ISO, mode, dan paras bateri untuk rujukan pantas jurugambar. Kawalan tetapan boleh dilakukan menggunakan butang fizikal ataupun secara sentuh menggunakan skrin LCD serta bahagian peka sentuhan khas yang pertama kalinya hadir pada kamera ini.

Canon EOS R yang terbaru ini akan dijual pada harga seperti berikut:

  • Badan sahaja – RM9,888
  • Lensa 24-105mm – RM14,688

Untuk perbandingan, Sony A7 iii dilancarkan pada harga RM 8,999 manakala Nikon Z7 RM 14,688.

Program tempahan awal akan dijalankan bermula 26 September ini sehingga 8 Oktober 2018 dan pesertanya bakal menerima pemberian percuma berupa:

  • penyesuai kaki lensa EF ke R
  • kad SD 64GB
  • bateri LP-E6N

Spesifkasi Canon EOS R

Kaki LensaCanon RF
Sensor30.3MP Full Frame
PemprosesDiGiC 8
Julat ISO100-40,000
50-102,400 (boosted)
Sistem pemfokusanDual Piksel
Tangkapan Selanjar8
PaparanEVF 2.1MP
LCD 3.67MP
Monokrom
BateriLP-E6N
CIPA 370