• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Telefon gaming muktamad ASUS ROG Phone boleh mula dibeli di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 08/10/2018
  • Komen
ROG Phone, Idea Gila ASUS Yang Direalisasikan
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah hampir 4 bulan telefon pintar gaming ASUS ROG Phone diperkenalkan ke khalayak ramai. Tetapi ia masih belum berada di Malaysia walaupun ura-ura tentang penjualannya sudah lama tersebar.

Jika anda tidak sabar dan mahu menjadi yang terawal memilikinya, anda boleh mendapatkannya di Mobile 2 Go. Pekedai ini menawarkan set import ASUS ROG Phone dengan spesifikasi terhebat.



ASUS ROG Phone dengan RAM 8GB dan storan dalaman 512GB kini boleh dibeli di Mobile 2 Go pada harga RM4,999. Set ini datang lengkap bersama sistem penyejuk AeroActive Cooler, kabel USB-C ke USB-C dan pengecas pantas 30W (10V/3A).

?????? ??????! ???? ??? ????? – ???? ???????!
[ROG Gaming UI | Snapdragon 845 | Octa Core 2.96GHz!]

▶️8GB RAM + 512GB…

Posted by Mobile 2 Go on Friday, 5 October 2018

Telefon pintar ASUS ROG Phone bukan calang-calang telefon. Selain perkakas berkuasa tinggi yang terdapat di dalamnya seperti cip pemproses Snapdragon 845 di-overclock dengan kelajuan 2.96GHz, RAM LPDDR4 8GB bersama storan sehingga 512GB, ia turut disertakan dengan sistem penyejukan cecair di dalam, serta sistem penyejuk luar tambahan AeroActive Cooler.



Skrinnya berukuran 6.0-inci dari jenis AMOLED, dengan resolusi HD Penuh+ dan kadar segar semula sepantas 90Hz bersama kadar respon piksel 1ms. Untuk kamera, ia dilengkapi dwi-lensa 12MP+8MP di belakang dan lensa 8MP di hadapan.

Bateri berkapasiti 4,000mAh dipasang di dalamnya dan uniknya, ia memiliki dua port USB-C untuk mengecas. Salah satunya di sisi telefon agar tidak mengganggu permainan apabila dipegang secara melintang. Terdapat juga port audio 3.5mm untuk sambungan fon kepala berwayar selain sistem speaker stereo untuk bunyi lebih realistik.

Terdapat banyak perkakas khas tambahan untuk membantu bermain games boleh digunakan bersama ASUS ROG Phone seperti Mobile Desktop Dock, alat kawalan Gamevice, Twinview Dock dan lain-lain.

Jika anda masih boleh bersabar untuk membeli ASUS ROG Phone pada harga lebih rendah, DirectD kini membuka tempahan awal untuk set Malaysia ASUS ROG Phone. Harganya belum diumumkan, tetapi DirectD memberi petunjuk harganya RM3,xxx. Mungkin ini bermakna RM3,999 bagi storan terendah 256GB.

???ORIGINAL ASUS ROG PHONE NOW OPEN FOR PRE-ORDER???

PRICE from RM3XXX. Pre-order now & get a FREE EXCLUSIVE gift!…

Posted by DirectD on Saturday, 6 October 2018

Kepada yang berminat membuat tempahan awal ini, anda boleh pergi ke laman web DirectD atau lawati mana-mana cawangan DirectD. Bayar deposit RM500 dan bakinya dibayar apabila mengambil telefon kelak. Ia dijangka akan mula dijual dalam bulan ini juga. Hadiah eksklusif disediakan untuk tempahan awal tetapi tidak pula dinyatakan apa hadiahnya.

Kenali telefon pintar ASUS ROG Phone dengan lebih lanjut menerusi video kami di bawah ini.

ASUS ROG Phone

ROG Phone, satu idea gila ASUS yang menjadi kenyataan.

#ROG2018 #ROGPhone

https://bm.soyacincau.com/2018/06/04/rog-phone-idea-gila-asus-yang-direalisasikan/

Posted by SoyaCincau – BM on Monday, 4 June 2018

Tags: asusasus malaysiaASUS ROG PhonedirectdMobile 2 Gorog phonerog phone malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
ROG Phone, Idea Gila ASUS Yang Direalisasikan

Telefon gaming muktamad ASUS ROG Phone boleh mula dibeli di Malaysia

8 October 2018
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN