• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jadi Orang Pertama Gayakan OSMO Pocket Sebelum Hari Krismas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:15 am
  • 05/12/2018
  • Komen
Jadi Orang Pertama Gayakan OSMO Pocket Sebelum Hari Krismas
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk yang ketinggalan bas, DJI telah melancarkan satu produk yang amat sesuai untuk instafamous ataupun blogger yang perlukan kamera dengan penstabil gempak. OSMO Pocket adalah gimbal terkecil mereka setakat ini dan rata-rata reviu mengangkat OSMO Pocket sebagai kamera travel berpotensi besar.

Baru saja dilancarkan akhir November yang lalu, terdapat beberapa pengedar di Malaysia yang mula mengadakan promosi tempahan uintuk memiliki sebuah OSMO Pocket.



Tapi untuk jadi yang terawal memilikinya, anda boleh dapatkan gimbal ini pada harga sedikit tinggi kerana ia adalah set import. Kumpulan pertama dijangka akan tiba sekitar 10 hingga 14 Disember ini dan dijual pada harga sedikit tinggi, RM1,699.

Utusan Drones Kaki di Facebook



Jika anda ingin jimat RM100, ada satu lagi kumpulan akan tiba antara 26 hingga 30 DIsember ini pada harga RM1,599 sebuah. OSMO Pocket dengan jaminan rasmi DJI Malaysia akan tiba selewat-lewatnya Januari 2019 dan menerima tanda harga RM1,550 sebuah.

Set dengan jaminan DJI Malaysia oleh KLDSLR

Mengejutkan dunia dengan pelancarannya, DJI Osmo Pocket adalah kamera kerdil yang dilekatkan pada gumbal 3 paksi dan seperti namanya, ia boleh dimasukan dalam poket tanpa masalah.

Ia dikuasakan kamera bersensor 1/2.3″, kamera yang sama boleh ditemui pada Mavic 2 Zoom dan boleh merakam pada resolusi sehingga 4K60. Bateri yang dibekalkan padanya memberikan waktu guna sehingga 140 minit dengan satu pengecasan penuh.

Antara kekurangna yang boleh dikenal pasti pada produk ini adalah banyak ciri-ciri penting dikeluarkan dan dipadatkan dalam bentuk modul yang dijual secara berasingan seperti modul Wi-Fi dan jek audio.

Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut berkaitan OSMO Pocket.

Tags: djidji osmodji osmo pocketkamera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Jadi Orang Pertama Gayakan OSMO Pocket Sebelum Hari Krismas

Jadi Orang Pertama Gayakan OSMO Pocket Sebelum Hari Krismas

5 Disember 2018
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER