• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon pintar Redmi dengan kamera 48MP akan dilancar minggu depan

  • OLEH Najib
  • 3:50 pm
  • 03/01/2019
  • Komen
Telefon pintar Redmi dengan kamera 48MP akan dilancar minggu depan
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Xiaomi telah mengumumkan akan memperkenalkan satu telefon pintar dengan kamera berkuasa 48MP pada bulan Januari tahun ini. Hari ini, mereka berkongsi sebuah gambar di Weibo, di mana satu majlis pelancaran akan diadakan pada 10 Januari 2019.

Dari gambar tersebut, ia memperlihatkan perkataan Redmi dengan bayang-bayang 4800. Dari sini kita mengetahui, peranti yang akan dilancarkan adalah dari siri Redmi. 4800 pula bermaksud, 48MP. Ia adalah penggunaan nombor yang sering digunakan di China, untuk memperkatakan tentang megapiksel kamera.



Dipendekkan cerita, inilah telefon pintar yang Xiaomi perkatakan tahun lepas. Telefon pintar dengan kamera 48MP. Ia akan dilancarkan di China pada 10 Januari 2019, pukul 2 petang.

Di dalam gambar yang sama, ia turut menunjukkan latar berwarna gradien. Ini juga dijangka satu petunjuk, di mana telefon pintar Redmi yang baru ini akan datang dalam warna-warni gradien, sekurang-kurangnya merah/biru.



48MP camera. Coming in January! ❤️#Xiaomi #comingsoon pic.twitter.com/N6O9mXJPXS

— Donovan Sung (@donovansung) December 7, 2018

Kamera 48MP di telefon pintar telahpun diperkenalkan di beberapa telefon pintar, seperti Honor View 20 dan Huawei Nova 4. Kedua-dua telefon pintar ini menggunakan sensor terbaru dari Sony, iaitu IMX586. Adakah telefon pintar Xiaomi nanti boleh menyaingi View 20 dan Nova 4 menggunakan sensor kamera yang sama?

Tiada perkara lain diperkatakan lagi, tetapi khabar angin bertiup kencang di alam maya mengatakan, telefon pintar ini ialah Redmi Pro 2. Model pertama Redmi Pro dilancarkan pada 2016, merupakan telefon pintar dwi-kamera pertama dari Xiaomi dengan spesifikasi berkuasa tinggi. Malangnya, ia tidak dijual di Malaysia. Harapnya model yang ini akan dibawa masuk ke Malaysia kelak.

Telefon pintar yang dikatakan Redmi 7 didaftar di TENAA

Selain itu, generasi ketujuh telefon pintar Redmi iaitu Redmi 7 khabarnya akan dilancarkan bersama Redmi Pro 2. Redmi 7 telah ditemui didaftarkan di TENAA tahun lepas, memiliki ciri-ciri yang hampir serupa dengan Mi Play.

Apakah yang akan diperkenalkan Xiaomi pada 10 Januari kelak? Sama-sama kita nantikan majlis pelancarannya minggu depan.

[Sumber: Weibo]

Tags: RedmiRedmi 7Redmi Pro 2xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Telefon pintar Redmi dengan kamera 48MP akan dilancar minggu depan

Telefon pintar Redmi dengan kamera 48MP akan dilancar minggu depan

3 January 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN