• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei umum ketibaan Nova 4 di Malaysia minggu depan

  • OLEH Najib
  • 12:35 pm
  • 09/01/2019
  • Komen
Huawei umum ketibaan Nova 4 di Malaysia minggu depan
Share on FacebookShare on Twitter

Baru bulan lepas Huawei Nova 4 dilancarkan di China, hari ini ia diumumkan akan tiba di Malaysia. Cukup sebulan selepas pelancarannya, Huawei Malaysia memberitahu akan melancarkan Huawei Nova 4 di Malaysia pada 16 Januari 2019.

Pelancaran Huawei Nova 4 ini akan turut dimeriahkan oleh selebriti tanah air. Tahun lepas, pelancaran Nova 3 diiringi ramai penyanyi dan artis muda Malaysia, di samping Hannah Delisha yang menjadi duta siri Nova. Adakah beliau masih akan turut serta di majlis pelancaran Nova 4 nanti?



Tarikan utama Huawei Nova 4 sudah pastilah skrin nirbingkai berlubang yang pertama kali digunakan oleh Huawei di peranti keluarannya. Skrin ini berukuran 6.4-inci HD Penuh+ (2310×1080), dengan bingkai sedikit tebal di dagu.

Walaupun ia model yang baru, Huawei masih menggunakan cip Kirin 970 pada Nova 4, bukannya cip terbaru Kirin 980 seperti yang terdapat di Mate 20. Bagaimanapun, RAM-nya ditambah besar ke 8GB dengan storan dalaman kekal 128GB.



Bagi kamera, Nova 4 kini dilengkapi tiga lensa kamera belakang, dan satu lensa kamera hadapan. Tiga lensa belakang ialah gabungan lensa utama 48MP F1.8, lensa ultra lebar 16MP F2.2 dan lensa pengesan kedalaman 2MP F2.4. Bagi kamera hadapan, ia dipasang lensa 25MP yang terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Semasa pelancarannya di China, Huawei memperkenalkan dua model Nova 4. Perbezaannya hanyalah pada kamera belakang. Berbanding lensa utama 48MP, model kedua Nova 4 menggunakan lensa utama yang lebih rendah, 20MP sahaja. Lain-lain spesifikasi adalah sama antara kedua-duanya.

Kuasa Nova 4 disumbang oleh bateri 3,750mAh yang dicas menggunakan pengecas pantas 9V2A, melalui port USB-C. Ia turut memiliki pengimbas capjari yang terletak di belakang, dan masih mengekalkan jek audio 3.5mm untuk sambungan fon kepala berwayar.

Huawei memasang sistem operasi terbaru, EMUI 9.0.1 berasaskan Android 9.0 Pie pada Nova 4 ini. Terdapat empat warna Nova 4 yang diperkenalkan di China iaitu warna rata Hitam dan Putih. Manakala dua warna lagi menerima efek gradient iaitu Biru/Ungu dan Merah/Biru. Apakah warna yang akan dilancarkan di Malaysia kelak? Kita kena tunggu bila ia dilancarkan nanti.

Huawei Nova 4 dijual di China pada harga RMB3,399 (~RM2,058) yang memiliki kamera 48MP, manakala versi kamera 20MP pula berharga RMB3,099 (~RM1,876).

Kami anggarkan, harganya di Malaysia nanti sekitar RM2,099 untuk Nova 4 48MP dan RM1,899 bagi Nova 4 20MP. Ia satu angka yang agak tinggi jika dibandingkan ketika Nova 3 dilancarkan iaitu RM1,899 sahaja. Mungkin ini yang perlu dibayar pengguna untuk skrin nirbingkai berlubang yang baru.

Tags: Huaweihuawei nova 4
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Huawei umum ketibaan Nova 4 di Malaysia minggu depan

Huawei umum ketibaan Nova 4 di Malaysia minggu depan

9 January 2019
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER