fbpx

Rumusan Pelan Internet Prabayar 5 Telco Utama 2019

Intro

Dalam artikel terdahulu, kita telahpun dikenalkan dengan pek permulaan untuk 5 telco utama Malaysia. Kita beroleh maklumat seperti harga pek permulaan, berapa kuota permulaan yang diberikan serta manfaat bulanan yang anda terima selagi talian itu aktif.

Tapi di artikel ini, kita akan melihat pula pada pas Internet yang ditawarkan oleh telco-telco utama ini. Artikel ini mungkin sedikit panjang dan sukar untuk difahami dek landskap prabayar yang amat dinamik dan unik, tidak seperti pascabayar.

Tapi, saya cuba sedaya upaya untuk merumuskan semua tawaran pelan Internet yang boleh anda langgan untuk prabayar. Beberapa panduan ingin saya gariskan sebelum anda teruskan bacaan anda.

Yang pertama adalah, semua tawaran Internet prabayar dalam artikel ini adalah daripada laman produk mereka sahaja. Bukan, tawaran khas yang hanya boleh ditemui dalam APP ataupun sekiranya anda memang sudah jadi pelanggan.

Sebabnya, saya ingin tujukan artikel ini untuk pengguna baru yang masih menimbang tara untuk menyertai telco yang mana.

Kemudian, setiap tawaran telco memiliki keunikannya yang tersendiri. Saya terpaksa ringkaskannya tapi pada masa yang sama masih kekalkan maklumat yang anda perlu tahu. Berikut adalah cara untuk memahami jadual tawaran Internet prabayar dalam artikel ini.

Contoh Jadual

Kadang kala anda akan menemui perkataan add-on dalam artikel ini. Add-on di sini bermaksud pelan Internet yang hanya boleh dibeli sekiranya anda miliki langganan Internet sedia ada. Biasanya ia digunakan untuk menambah kuota Internet sekiranya ada satu masa, anda gunakan kuota terlalu banyak. Ada juga add-on yang berikan panggilan suara ataupun SMS.

Satu lagi perkara, sekiranya anda terjumpa simbol , ia bermakna “tanpa had”. Jika anda dah bersedia, anda boleh pergi ke halaman yang seterusnya.

BACA  Hotlink bagi telefon pintar percuma setiap hari sepanjang bulan Julai

Lihat rumusan tawaran Internet prabayar Digi 

Lihat rumusan tawaran Internet prabayar Hotlink RED

Lihat rumusan tawaran Internet prabayar U Mobile

Lihat rumusan tawaran Internet prabayar Xpax

Lihat rumusan tawaran Internet prabayar Yes 4G LTE

Kesimpulan

Kesemua telco menawarkan pelan Internet yang kompetitif. Tapi, ia pastinya ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Jika saya hanya gunakan telefon untuk suara dan SMS saja seperti orang tua saya, saya akan cadangkan mereka untuk melanggan U Mobile kerana pada harga RM20, mereka terima kuota panggilan. Bukan sahaja ia cekap kos, mereka turut menikmati kuota Internet kalau-kalau mereka ingin mencari maklumat di Internet.

Untuk pengguna kasual juga boleh terima manfaat daripada pelan prabayr GX30 daripada U Mobile. Anda menikmati kuota Internet tanpa had yang bermakna anda boleh tonton video, berstrim, dan sebagainya sehingga anda muntah.

Walau bagaimanapun, realitinya perkhidmatan Internet mudah alih sangat terkesan dengan cakupan perkhidmatan yang disediakan telco. Sebab itulah prabayar U Mobile biasanya tidak popular untuk pengguna pinggir bandar lebih-lebih lagi di luar Lembah Klang.

Masalah dengan Yes 4G LTE pula adalah sama ada anda 4G ataupun GG, mereka tiada sambungan 4G kebawah. Tapi yang bagusnya Yes 4G LTE adalah ia tawarkan kadar suara dan SMS termurah berbanding 4 telco yang lain.

Tinggallah Digi, Hotlink, dan Xpax bersiang sesama sendiri dengan tawaran yang hampir serupa.

Apa pendapat anda tentang perbandingan ini? Jika anda ingin kongsikan pandangan, anda boleh berbuat demikian di ruangan komen.

Contents