Rumusan Pelan Internet Prabayar 5 Telco Utama 2019

Xpax

Seperti kebanyakan penyedia yang lain, pelan Internet Xpax terbahagi kepada tiga iaitu harian, mingguan dan bulanan. Tak kiralah pelan mana anda langgan, anda akan terima kuota YouTube tanpa had tapi dengan syarat anda tonton YouTube antara jam 1 pagi hingga 7 pagi.

Pelan bulanan termurah daripada Xpax adalah yang berharga RM30. Anda terima data mentah 5GB (10GB bonus dengan promosi triple kuota). Selain RM30, mereka turut tawarkan pelan RM50 dan RM79.

Kalau anda berumur antara 12 hingga 25 tahun, anda boleh sertai promosi Xpax Youth. Melalui promosi ini, anda akan dapat manfaat seperti:

  • Kuota Internet 50% lebih banyak untuk pelan RM30, RM50, atau RM79
  • Panggialan suara tanpa had untuk 5 nombor Celcom
  • Kuota 100GB VideoWalla Percuma di hari jadi anda

Plan Internet prabayar Xpax

Sekiranya kuota pelan tidak cukup, anda boleh membeli add-on untuk memenuhi keperluan.

Add-on dalam prabayar Xpax

Kalau di U Mobile kita ada Onz, di Xpax kita ada Walla. Terdapat 4 jenis Walla disediakan Xpax iaitu Facebook Walla, Music Walla, Instagram Walla, dan Video Walla. Tapi ia tidak diberikan secara bundle bersama pelan Internet, sebaliknya secara add-on pada harga serendah RM3 sehari. Untuk add-on harian, anda beroleh 3GB data untuk Walla yang anda langgan. Add-on yang paling mahal berikan 15GB data untuk Walla yang dipilih.

4 Jenis Walla Dalam Internet Prabayar Xpax

Tapi dalam promosi triple kuota yang sedang berjalan hingga 8 Februari 2019, anda akan terima 200% kuota bonus untuk setiap 1GB data yang anda langgan. Contohnya, Facebook Walla RM7. Anda akan terima 30GB kuota Facebook Walla, 10GB kuota asas dan 20GB adalah bonus. Malangnya, kuota bonus perlu dihabiskan dalam masih 2 hari pertama selepas diaktifkan kalau tak, kuota itu akan di-burn begitu sahaja.

Contents