Rumusan Pelan Internet Prabayar 5 Telco Utama 2019

Digi Prepaid LIVE

Internet untuk pelan prabayar Digi ditawarkan dalam tiga jenis iaitu:

  • Super Tererrr
  • biGBonus
  • Kaki Social

Super Tererr adalah pelan yang berikan anda kuota berbual dan data mentah sahaja. Tiada kuota khas untuk digunakan pada mana-mana APP. BiGBonus pula sediakan data yang agak banyak. Uniknya tawaran ini adalah, pada setiap hari, anda akan diberikan 1GB atau 3GB data bonus yang boleh digunakan antara 1 pm hingga 7 pm. Jika anda aktif di APP sosial, Kaki Social sediakan Internet tanpa had untuk APP FIT (Facebook. Instagram, dan Twitter).

Pelan Internet prabayar Digi LIVE

Add-on dalam tawaran Digi dipakejkan dalam produk Internet Cili Padi. Ia disediakan pada harga serendah RM1 hinggalah RM8. Satu yang menarik tentang Cili Padi adalah tawaran Video Lite yang berikan anda akses tanpa had pada kelajuan 512kbps untuk platform:

  • 2BLive
  • Astro on the Go
  • Daolymotion
  • dimsum
  • Hero Talkies
  • iflix
  • MOX
  • Netflix
  • NJOI Now
  • tonton
  • TwitchTV
  • unifi playTV
  • Viu
  • VOOV
  • YouTube
  • YouTube Gaming
  • YouTube Kids

Contents

BACA  Ada Banyak Telefon Dengan Kamera 48MP Tahun Ini, Tapi Hanya Satu Yang Jujur