fbpx

Rumusan Pelan Internet Prabayar 5 Telco Utama 2019

U Mobile Internet Unlimited

Selain Yes 4G LTE, pelan Internet U Mobile adalah antara yang teringkas. Semuanya ada tempoh sah selama 30 hari, ada kuota mentah, dan ada kuota khas yang dinyatakan dengan jelas di laman produk. Julat kuota data mentah yang diberikan adalah 1.5GB hinggalah 12.0GB,

U Mobile adalah pelopor kepada kuota tanpa had. Merekalah yang memulakan trend tanpa had melalui Video-Onz mereka. Kini mereka ada dua lagi Onz iaitu Music-Onz dan App-Onz. Kuota Waze turut tersedia untuk anda bernavigasi.

Pelan Internet prabayar U Mobile

Semua Onz memiliki kuota mereka yang tersendiri, jika anda menggunakan APP yang tergolong dalam mana-mana Onz, ia tidak akan menggunakan data mentah sebaliknya bakul kuota Onz itu sendiri. Jadual di bawah ini adalah bakul Onz dan platform yang disokongnya.

3 Jenis Onz dalam U Mobile

Selain Video-Onz yang ada kuota terhad, 4 Onz lain di semua plan menerima kuota tanpa had. Hal ini bermakna, pelan yang paling murah, RM20, anda masih boleh strim Spotify tanpa had, sama seperti pelan termahal, RM50. Bezanya cuma kuota Video-Onz, paling sedikit adalah 500MB dan pelan termahal terima kuota Video-Onz 10GB.

Tak semua pelan diberikan kuota suara. Sekiranya anda nak pelan yang berikan kuota berbual, produk yang boleh anda pertimbangkan adalah RM20, RM30, RM38, dan RM50.

Tapi anda tak boleh lupa pelan prabayar GX30 yang sedang ditawarkan mereka. Ia berikan anda akses Internet tanpa had pada kelajuan 3 Mbps. Anda boleh kongsi sambungan melalui Hotspot tapi bersyarat dan kelajuan boleh dipertingkat dengan pas turbo RM5 yang sah selama 24 jam.

U Mobile GX30

Contents