fbpx

Honor View 20 Realisasikan Paparan Berlubang Bersama Kamera 48MP

Selepas Nova 4, Honor pula melancarkan View 20 di Paris dengan rekaan yang hampir serupa, terutamanya pada bahagian paparan. Kedua-duanya hadir dengan paparan berlubang tapi pada helaian spesifikasi, View 20 tampak lebih berupaya berbanding saudara dekatnya itu.

Honor View 20 dilengkapi paparan HD penuh bersaiz 6.4″ dengan paparan menyelaputi 91.82% mukanya. Notch terapung di sebelah kiri atas menempatkan kamera selfie 25MP. Uniknya telefon ini adalah pada kehadiran IR Blaster yang jarang-jarang ditemui pada telefon zaman ini.

Di bahagian belakang, kemasan kaca yang digunakannya memberikan corak pantulan cahaya berbentuk V yang unik, seusai dengan warnanya. Di atasnya, ada pengimbas cap jari dan 2 buah kamera berbeza spesifikasi iaitu:

  • Kamera 1 – 48MP
  • Kamera 2 – TOF

Nova 4 ada versi kamera belakang 48MP, tapi sayangnya yang tiba di Malaysia cumalah yang dilengkapi kamera 20MP.

Yang menyebabkan View 20 ada kelebihan berbanding Nova 4 adalah pada CPU-nya. View 20 dijana kuasanya oleh CPU Kirin 980, komponen yang sama digunakan pada Mate 20 Pro, walhal Nova 4 miliki CPU yang serupa dengan P20 Pro, satu generasi lebih lama.

Kesemua kelengkapan elektronik mengambil tenaga daripada bateri 4,000mAh yang dibekalkan padanya. Untuk mengisi bateri, teknologi pengecasan pantas SuperCharge 22.5W disediakan.

Untuk pasaran Malaysia, View 20 akan dijual pada harga bermula RM1,999 untuk RAM 6GB dan storan 128GB. Jika mahukan lebih, ada juga versi RAM 8GB dan storan 256GB yang dijual pada harga RM2,499.

Sekiranya anda jadi pembeli terawal View 20, anda juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM700 yang mengandungi sebuah jam tangan Huawei Watch Magic dan beg galas.

Spesifikasi Honor View 20

Paparan6.4"
FHD+
PemprosesKirin 980
RAM6GB
8GB
Storan128GB
256GB
Sistem OperasiAndroid 9 Pie
EMUI 9
Kamera belakang48MP
TOF
Kemera depan25MP
Bateri4,000mAh
Huawei FastCharge
BACA  Perkhidmatan mudah alih Maxis telah pulih sepenuhnya pagi ini