Hadiah bernilai lebih RM400 untuk tempahan awal Nova 4

Huawei Nova 4 ialah telefon pintar pertama dari Huawei dengan skrin berlubang, seperti Honor View 20. Ia akan mula dijual di Malaysia pada 14 Februari 2019, dan akan disertakan ganjaran Huawei VIP bernilai lebih RM1,000.

Lagi menarik, Huawei hari ini mengumumkan akan membuka tempahan awal untuk Nova 4 dan menyediakan hadiah percuma. Tempahan awal Nova 4 akan dibuka dari 8 hingga 13 Februari 2019, memberikan hadiah percuma berupa set kepala Bluetooth bersama set hadiah premium, bernilai lebih RM400.

Tempahan awal ini boleh dibuat di mana-mana Stor Huawei Experience dengan membayar deposit sebanyak RM200. Baki bayaran bernilai RM1,699 boleh dibuat semasa mengambil telefon pintar pada 14 Februari. Hadiah tambahan berupa Baucer RM50 Stor Online Huawei diberikan jika tempahan dibuat di Stor Online Huawei dan membuat bayaran penuh dalam tempoh tempahan awal.

Huawei Nova 4 dijual di Malaysia dengan harga RM1,899 dalam dua pilihan warna, Biru dan Hitam.

Huawei turut mengumumkan akan mengadakan Amazing Nova Search, sebuah acara mencari harta karun yang menyediakan 51 unit Nova 4 untuk dimenangi. Ia akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara. Maklumat lanjut tentangnya akan diumumkan kemudian.

Jika anda terlupa, skrin berlubang di Nova 4 merupakan yang pertama di Huawei. Ia berukuran 6.4-inci HD Penuh+ (2310×1080), dengan bingkai sedikit tebal di dagu.

Nova 4 masih menggunakan cip Kirin 970, bukannya cip terbaru Kirin 980 seperti yang terdapat di Mate 20. Bagaimanapun, RAM-nya ditambah besar ke 8GB dengan storan dalaman kekal 128GB.

Kamera pula tiga lensa di belakang, iaitu gabungan lensa utama 20MP, lensa ultra lebar 16MP dan lensa pengesan kedalaman 2MP. Bagi kamera hadapan, ia dipasang lensa 25MP. Di China, Nova 4 dilancarkan dengan satu lagi versi dengan kamera utama 48MP, di samping 20MP.

BACA  Sony Terbuka Dengan Konsep "Crossplay" Tapi Pembangun Kata Mereka Tipu

Bateri sebesar 3,750mAh dipasang di dalam Nova 4, yang dicas menggunakan pengecas pantas 9V2A melalui port USB-C. Huawei memasang sistem operasi terbaru, EMUI 9.0.1 berasaskan Android 9.0 Pie pada Nova 4 ini.