• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apa Huawei nak lipat di MWC 2019 nanti

  • OLEH Najib
  • 1:41 pm
  • 04/02/2019
  • Komen
Apa Huawei nak lipat di MWC 2019 nanti
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah mempamerkan jemputan ke majlis pelancaran yang akan diadakan di pameran MWC 2019 di Barcelona hujung bulan ini. Bertajuk ‘Connecting The Future‘, ia akan berlangsung pada 24 Februari 2019, sehari sebelum pameran MWC 2019 bermula.

Dalam jemputan tersebut, Huawei turut berkongsi gambar yang seakan memberi petunjuk tentang produk yang akan mereka lancarkan. Ia berbentuk seperti engsel untuk peranti yang boleh dilipat. Bersama gambar tersebut, Huawei turut menulis status mengatakan, Huawei Matebook X Pro dianugerahkan laptop terbaik MWC 2018. Tahun ini, sesuatu yang menarik akan datang ke MWC 2019.



Adakah Huawei akan melancarkan laptop baru, menggantikan tempat Matebook X Pro yang diperkenalkan di MWC tahun lepas? Atau ia adalah produk lain yang pasti akan memenangi anugerah di pameran MWC 2019?

Dari gambar tersebut, ia lebih kelihatan seperti sebuah laptop berbanding telefon pintar dengan skrin boleh lipat. Sebab engsel dan dua benda yang disambungkan tu tak rata, ada bonjol. Jadi, tak mungkin ia sebuah skrin kan. Kalau skrin, mesti bersambung terus menerus dari skrin kiri, ke engsel, ke skrin kanan.



Huawei foldable mobile phone will be released in MWC2019, we guess who will be next? pic.twitter.com/acmlo2rwIr

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) February 1, 2019

Tapi Ice Universe yang sering membocorkan pelbagai peranti yang belum dilancarkan, mengatakan Huawei akan melancarkan telefon dengan skrin boleh lipat di MWC 2019 nanti. Mungkin gambar ini adalah produk lain dan telefon tersebut bukanlah di gambar tersebut.

Samsung dikhabarkan akan melancarkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat, di samping Galaxy S10 tidak lama lagi. Majlis pelancaran tersebut akan di adakan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 20 Februari 2019.

Bolehkah Huawei sekali lagi menandingi Samsung menjadi pelopor teknologi di telefon pintar. Cubaan Huawei semasa melancarkan skrin berlubang di Nova 4 tahun lepas, digagalkan oleh Samsung dengan Galaxy A8s yang dilancarkan seminggu lebih awal.

[Sumber: Huawei]

Tags: HuaweiMWC2019
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apa Huawei nak lipat di MWC 2019 nanti

Apa Huawei nak lipat di MWC 2019 nanti

4 February 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN