• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Set import Mi 9 sudah mula dijual Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:46 pm
  • 05/03/2019
  • Komen
Set import Mi 9 sudah mula dijual Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Mi 9 telah dilancarkan di luar China, tetapi ia baru bertapak di Eropah. Jika anda mahu mendapatkan telefon pintar terbaru Xiaomi dengan kuasa Snapdragon 855 ini, set import Mi 9 telah kelihatan mula dijual di Malaysia.

Penjual Mobile 2 Go kini menawarkan set import Mi 9 di Malaysia. Terdapat dua model ditawarkan dengan jaminan persendirian oleh Mobile 2 Go selama setahun:



  • Mi 9 RAM 6GB + Storan 128GB – RM2,398
  • Mi 9 RAM 8GB + Storan 128GB – RM2,548

Xiaomi Mi 9 ialah telefon pintar kelas flagship terbaru dari Xiaomi. Ia dikuasakan cip terbaru Snapdragon 855, antara yang terawal terdapat di pasaran. Skrinnya berukuran 6.39-inci bertakuk kecil, dari jenis Super AMOLED dengan resolusi HD Penuh+.

Kamera di Mi 9 antara terhebat, menurut DxOMark. Di belakang, ia dilengkapi lensa utama 48MP, lensa ultra lebar 16MP dan lensa telefoto 12MP. Kamera ini mendapat 107 mata di DxOMark, kedua terbaik untuk telefon pintar masakini. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan sensor 20MP F2.0.



Mi 9 memiliki bateri 3,300mAh di dalam, menyokong pengecasan pantas melalui USB-C serta pengecasan wayarles pantas 20W. Pengimbas capjari pula terletak di dalam skrin.

Jika anda boleh bersabar, set rasmi Malaysia Mi 9 mungkin akan tiba tidak lama lagi memandangkan ia telah mendapat kelulusan dari SIRIM bersama Redmi Note 7. Redmi Note 7 dikatakan akan mula dijual di Malaysia pada 19 Mac, jadi ia mungkin akan diikuti oleh Mi 9 tidak lama selepas itu.

Untuk rujukan, Mi 9 dijual di China dengan harga seperti berikut:

  • RAM 6GB + storan 128GB – RMB 2,999 (RM 1,815)
  • RAM 8GB + storan 128GB – RMB 3,299 (RM 1,996)
  • RAM 12GB + storan 256GB – RMB 3,999 (RM 2,420)

Harga jualan set import nampak agak terlampau lebih, tetapi ia pasti menurun bila set rasmi Malaysia dilancarkan. Jangkaan kami, ia akan dijual bermula dari RM1,999 untuk model terendah.

Baca lebih lanjut tentang pandangan kami mengenai Mi 9 di sini.

Tags: Mi 9xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Set import Mi 9 sudah mula dijual Malaysia

Set import Mi 9 sudah mula dijual Malaysia

5 March 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN