• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menangi hadiah lebih RM10,000 di jerayawara Realme 3 hujung minggu ini

  • OLEH Najib
  • 10:28 am
  • 03/04/2019
  • Komen
Menangi hadiah lebih RM10,000 di jerayawara Realme 3 hujung minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Realme 3 telah mula dijual di Malaysia pada 27 Mac lepas. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan apabila kesemua 2,000 unit habis dijual, dengan 500 unit terjual dalam masa 3 minit sahaja. Harga yang kompetitif dengan spesifikasi yang ditawarkan berjaya menarik minat ramai pembeli.

Jika anda terlepas untuk membeli Realme 3 minggu lepas, usah khuatir kerana Realme akan membuka jerayawara eksklusif hujung minggu ini, di dua lokasi untuk peminat mendapatkan telefon pintar Realme 3.



Pada hari Sabtu, 6 April, Realme akan berada di Realme Image Store di Sunway Pyramid, dari pukul 1 tengah hari sehingga 9 malam. Manakala pada hari Ahad, 7 April, orang ramai boleh datang ke aras 3, Sunway Velocity Mall Cheras, juga dari pukul 1 tengah hari hingga 9 malam.

Pengunjung yang hadir ke jerayawara ini, berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah seperti beg, botol air dan fon telinga. Pembeli Realme 3 di situ juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menyediakan hadiah misteri yang menarik.



Jerayawara ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menyertai pertandingan bermain games seperti PUBG, Mobile Legend, Asphalt dan lain-lain, serta memenangi wang tunai apabila bermain menggunakan telefon pintar Realme 3 yang disediakan.

Realme 3 dijual di Malaysia pada harga RM599 (RAM 3GB + storan 32GB) dan RM699 (RAM 4GB + storan 64GB). Ia dikuasakan cip Mediatek Helio P60, bersama bateri 4,230mAh, skrin HD+ 6.2-inci bertakuk kecil, kamera belakang 12MP+2MP dan kamera depan 13MP.

Kepada yang mahu membeli Realme 3, jangan lupa untuk ke dua lokasi ini pada hujung minggu ini. Mereka yang ingin mengenali Realme juga boleh turut hadir bagi memeriahkannya sambil membawa pulang hadiah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Realme Malaysia sert kunjungi Facebook Realme Malaysia.

Tags: Realmerealme 3
Najib

Najib

POPULAR

Menangi hadiah lebih RM10,000 di jerayawara Realme 3 hujung minggu ini

Menangi hadiah lebih RM10,000 di jerayawara Realme 3 hujung minggu ini

3 April 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER