• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah 4 kamera belakang ini milik Honor 20 Pro?

  • OLEH Najib
  • 11:13 am
  • 29/04/2019
  • Komen
Adakah 4 kamera belakang ini milik Honor 20 Pro?
Share on FacebookShare on Twitter

21 Mei 2019 adalah tarikh pelancaran siri Honor 20 di London. Jika anda perasan, majlis pelancarannya disebut Honor 20 Series – Capture The Wonder. Ini bermakna, terdapat lebih dari satu model Honor 20 yang akan dilancarkan, sama seperti majlis pelancaran siri OnePlus 7.

Khabar ini kian jelas apabila terdapat gambaran yang terbocor di alam maya, berkenaan satu model Honor 20 bersama 4 kamera belakang. Sebelum ini kita disajikan dengan rupa casing Honor 20, dengan gambar terbaru ini menunjukkan dengan jelas telefon pintar Honor 20 itu sendiri.



Gambar telefon ini menepati potongan yang terdapat di gambaran casing tersebut. Susunan 4 kamera di belakang rupanya berbeza dengan susunan kamera Huawei P30 Pro. 4 kamera belakang Honor 20 disusun secara menegak.

Dari atas, lensanya memiliki kaca berbentuk 4-segi. Ini menjelaskan penggunaan kamera periskop telefoto seperti Huawei P30 Pro dan Oppo Reno yang memiliki keupayan zum lossless sehingga 10x.



Seterusnya, ia diikuti oleh lensa bulat yang dijangka ialah lensa ultra lebar. Di bawahnya pula, terdapat satu lensa bulat yang kecil, sesuai untuk memuatkan kamera ToF. Di bawah sekali, ia pastinya dipasang dengan lensa utama. Di sebelah kanan 4 lensa tadi, adanya LED Flash dan ruang untuk autofokus laser.

Walaupun ia amat mirip dengan P30 Pro, Honor masih cuba mengubah rupa kameranya agar tidak serupa sepenuhnya. Sepertimana yang dibuatnya untuk Honor 10 yang tidak serupa dengan Huawei P20 Pro, dan Honor View 20 dan Huawei Mate 20 Pro.

Semua ini, masih merupakan khabar angin. Apa yang boleh dipastikan, Honor 20 nanti akan datang dengan cip pemproses terbaru, Kirin 980 dan RAM sehingga 8 GB dan storan sehingga 256GB.

Siri Honor 20 akan dilancarkan pada 21 Mei 2019 di London. Memandangkan ia dseibut siri, mungkin Honor 20 dengan 4 kamera belakang ialah versi Pro. Versi bukan Pro pula mungkin hanya 3 kamera belakang. Malaysia sering menjadi negara terawal menjual model terbaru Honor, jadi kita boleh jangka tempahan awal akan dibuka secepat mungkin.

[Sumber: weibo, GSMarena]

Tags: honorHonor 20
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Adakah 4 kamera belakang ini milik Honor 20 Pro?

Adakah 4 kamera belakang ini milik Honor 20 Pro?

29 April 2019
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER