• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

PDRM kongsi tips keselamatan guna Facebook Dating

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 4:09 pm
  • 14/05/2019
  • Komen
PDRM kongsi tips keselamatan guna Facebook Dating
Share on FacebookShare on Twitter

Sudahkah anda mencuba Facebook Dating? Bagaimana? Sudah bertemu dengan jodoh yang anda idamkan?

Secara umumnya, ciri terbaru yang dibangunkan oleh Facebook itu bertujuan membantu penggunanya mencari jodoh sama seperti aplikasi terkenal mencari pasangan, Tinder.



Terbaru, menerusi laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia, berkongsi langkah-langkah keselamatan menggunakan ciri tersebut dalam mencari pasangan hidup.

Terdapat enam langkah keselamatan yang boleh diamalkan oleh para pengguna Facebook Dating. Antaranya ialah:



  1. Pengguna dikehendaki untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, maklumat kewangan, alamat, nombor telefon, tempat bekerja atau apa-apa sahaja informasi semasa anda sedang berbual dengan seseorang yang baharu dikenali. Halang atau lapor segera sekiranya terdapat individu yang meminta maklumat peribadi anda.
  2. Pengguna juga dimintak untuk abaikan permintaan sesiapa yang menginginkan mereka untuk menghantar wang atau menghulurkan bantuan derma.
  3. Pengguna dikehendaki untuk tidak mudah percaya dengan maklumat yang dipaparkan oleh mana-mana individu di profil Facebook Dating. Selidik terlebih dahulu latar belakang mereka sekiranya bercadang untuk bersemuka.
  4. Pengguna juga digalakkan untuk memaklumkan kepada keluarga atau kenalan mengenai perancangan janji temu anda dengan menyatakan lokasi dan masa anda akan pulang semula ke rumah.
  5. Selain itu, pengguna hendaklah mengelakkan diri bertemu janji di kawasan yang sunyi. Sebaiknya di kawasan terbuka dan di khalayak ramai.
  6. Sekiranya dari awal lagi anda berasa tidak selesa atau tidak selamat untuk berjumpa dengan individu berkenaan, batalkan sahaja niat itu! Gerak hati kadang kala mampu menyelamatkan kita.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Tags: FacebookFacebook DatingPolis
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
PDRM kongsi tips keselamatan guna Facebook Dating

PDRM kongsi tips keselamatan guna Facebook Dating

14 May 2019
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN