• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 7 Pro baru lulus ujian SIRIM

  • OLEH Najib
  • 3:19 pm
  • 19/05/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus 7 Pro akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Majlis pelancarannya akan diadakan pada 21 Mei tetapi baru kini, ia disenaraikan di dalam pengkalan data SIRIM.

Menurut senarai di SIRIM itu, OnePlus 7 Pro ialah peranti dwi-sim yang menyokong pelbagai jalur LTE termasuk 900MHz, 1800MHz, 2100MHz, 2300MHz dan 2600MHz. Ia juga menyokong WiFi 802.11ac dan NFC.



Harganya masih tidak diketahui tetapi dijangka ia rendah sedikit berbanding flagship lain seperti Samsung, Huawei dan Apple. OnePlus 7 Pro terbaru ini diedarkan oleh Xianfeng Technologies Sdn Bhd.

Tarikan terbesar OnePlus 7 Pro ialah skrinnya. Ia berukuran 6.7-inci dari jenis Fluid AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Skrin ini juga tiada takuk dan lubang.



Prestasi tertinggi terdapat di OnePlus 7 Pro kerana ia dikuasakan cip Snapdragon 855 bersama RAM 12GB dan storan jenis UFS3.0 sehingga 256GB. Telefon ini juga menjadi yang pertama dari OnePlus dilengkapi sistem bunyi stereo.

Kamera OnePlus 7 Pro juga tidak kurang hebatnya. Ia tiga kamera di belakang, gabungan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 16MP dan kamera telefoto 8MP berkuasa 3x zum optikal. Kamera hadapan pula 16MP dan tersimpan dalam modul kamera boleh sembunyi. DxOMark memberi 111 mata untuk kamera ini, satu mata di bawah Huawei P30 Pro dan Galaxy S10+ 5G.

Bateri di dalamnya sebesar 4,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas Warp Charge 30W melalui USB-C. Ia tiada pengecasan wayarles dan tiada pengiktirafan kalis air dan debu IP.

Tags: OnePlusOnePlus 7oneplus 7 proSIRIM
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 7 Pro baru lulus ujian SIRIM

19 May 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN