• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan Digi serendah RM28 sepanjang hayat khas buat orang kelainan upaya

  • OLEH Najib
  • 6:55 pm
  • 18/06/2019
  • Komen
Pelan Digi serendah RM28 sepanjang hayat khas buat orang kelainan upaya
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi memberi sokongan kepada komuniti orang kelainan upaya (OKU), Digi hari ini mengumumkan tawaran sepanjang hayat bagi pelan nilai terbaik untuk pelanggan OKU. Mereka boleh mendapatkan pelan Digi dari serendah RM28/bulan dengan kuota data 6GB.

Pelanggan dengan kad OKU yang sah boleh menikmati diskaun RM10 sepanjang hayat apabila mendaftar mana-mana pelan pascabayar Digi. Semua pelan ini datang bersama panggilan tanpa had ke semua talian dan disediakan buat komuniti OKU sejak tahun 2012.



Untuk mendaftar, pelanggan OKU boleh pergi Stor Digi berhampiran bersama kad pengenalan dan kad OKU. Pendaftaran pihak ketiga juga boleh dilakukan oleh ahli keluarga atau penjaga yang sah dengan membawa kad pengenalan atau surat beranak, kad oku asal dan bukti penjaga yang sah untuk mendaftar bagi pihak OKU.

Selain itu, Digi juga menyediakan kemudahan buat OKU untuk perkhidmatan mereka seperti laluan ekspres di Stor Digi untuk komuniti OKU, warga emas dan wanita mengandung.



TuneTalk juga ada menawarkan pelan khas untuk warga emas dan golongan OKU. Dipanggil pelan TuneTalk VIP, ia hanya RM10/bulan dan memberikan panggilan tanpa had bersama 2GB data sebulan.

Lawati mana-mana Stor Digi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan eksklusif Digi buat komuniti OKU.

Tags: digiOKU
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Pelan Digi serendah RM28 sepanjang hayat khas buat orang kelainan upaya

Pelan Digi serendah RM28 sepanjang hayat khas buat orang kelainan upaya

18 June 2019
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN