• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei masih menunggu kebenaran Amerika untuk menggunakan Google & Android

  • OLEH Najib
  • 9:27 am
  • 02/07/2019
  • Komen
Pai ialah nama rasmi Android 9
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Trump telah mengumumkan kebenaran syarikat Amerika untuk berurusniaga dengan Huawei, Huawei sendiri masih menantikan sejauh mana kebenaran tersebut boleh digunakan.

Huawei memaklumkan, mereka masih menunggu panduan dari Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) sama ada masih boleh menggunakan sistem operasi (OS) Android di telefon pintar mereka akan datang.



Menurut Tim Danks, Naib Presiden Pengurusan Risiko dan Hubungan Rakan Kongsi Huawei, mereka telah maklum akan komen Presiden Trump minggu lepas dan akan menunggu panduan dari Jabatan Perdagangan, tetapi tiada komen lanjut akan diberikan. Beliau menjawab soalan dari media berkenaan akses ke Android.

Trump (kiri) bersama Xi Jinping (kanan) di Sidang Kemuncak G20

Trump yang mengumumkan kebenaran berurusniaga dengan Huawei dalam Sidang Kemuncak G20 minggu lepas, mengatakan ia kelulusan bersyarat. Perkara ini kemudiannya dijelaskan oleh Pengerusi Majlis Ekonomi Negara, Larry Kudlow, kebenaran diberikan untuk produk Huawei yang terdapat secara meluas di seluruh dunia, tidak termasuk peralatan dan perkakas yang paling sensitif.



Kerajaan AS sehingga kini masih belum mengeluarkan senarai kebenaran dan ia mungkin masih memberi kesan kepada OS Android di peranti Huawei. Google sendiri sebelum ini telah menjelaskan, penggunaan OS Android tanpa kawalan Google memberi risiko tinggi kepada keselamatan AS.

Sumber: NYTimes

Tags: androiddonald trumpGoogleHuawei
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Pai ialah nama rasmi Android 9

Huawei masih menunggu kebenaran Amerika untuk menggunakan Google & Android

2 July 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN