• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS ROG Phone 2 akan dikuasakan Snapdragon 855+ yang lebih perkasa

  • OLEH Najib
  • 2:01 pm
  • 16/07/2019
  • Komen
Asus Adakan Program Tempahan Awal ROG Phone Bermula Malam Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm baru mengumumkan pemproses terbaik mereka, Snapdragon 855 diberi sedikit penaiktarafan untuk menjadikannya kepada Snapdragon 855+. Sambungan dari berita itu, ASUS pula menyatakan telefon pintar akan datang mereka, ROG Phone 2 akan menjadi peranti pertama dikuasakan Snapdragon 855+.

Perkara ini diumumkan menerusi akaun weibo ROG. Perkara ini tidak asing lagi sebenarnya kerana ROG Phone tahun lepas, turut menggunakan pemproses Snapdragon 845 yang di-overclock kelajuannya lebih tinggi dari biasa.



Snapdragon 855+ menampilkan kelajuan teras berkuasa tinggi dipertingkatkan ke 2.96GHz, dari kelajuan asalnya 2.84GHz. Kelajuan GPU Adreno 640 juga dinaikkan ke 672MHz, berbanding 585MHz. Menurut Qualcomm, prestasinya bertambah sehingga 15% untuk grafik sambil mengekalkan kecekapan tenaganya.

ASUS dilaporkan akan melancarkan barisan produk baru ROG di Taiwan, pada 23 Julai kelak. Salah satu darinya dikhabarkan ialah telefon pintar gaming baru, ROG Phone 2. Sebelum itu, ROG Phone 2 telah muncul dalam satu poster iklan mengatakan ia akan memiliki skrin dengan kadar segar semula 120Hz, lebih pantas dari ROG Phone generasi pertama dengan skrin 90Hz.



Selain peranti berprestasi tinggi dan penuh dengan ciri-ciri terbaik untuk bermain game, ROG Phone juga hadir dengan pelbagai aksesori yang boleh membantu meningkatkan pengalaman bermain game mudah alih di telefon pintar. Pasti ada banyak aksesori akan terdapat untuk ROG Phone 2 kelak.

ASUS Malaysia kini menjual generasi pertama ROG Phone dengan diskaun terlampau, pada harga RM2,499 untuk storan 128GB, dan RM2,999 dengan storan 512GB. Jika masih ada stok, pembeli juga menerima hadiah percuma berupa alat kawalan GameVice bernilai RM349. Ia kelihatan masih ditawarkan di Stor Asus di Shopee, jadi boleh ke sana untuk mendapatkannya.

Sumber: weibo

Tags: asusasus rog phone 2QualcommSnapdragon 855 Plus
Najib

Najib

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Asus Adakan Program Tempahan Awal ROG Phone Bermula Malam Ini

ASUS ROG Phone 2 akan dikuasakan Snapdragon 855+ yang lebih perkasa

16 July 2019
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER