• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 20 Pro akan sampai Malaysia bulan Ogos, berapa pula harganya?

  • OLEH Najib
  • 3:18 pm
  • 25/07/2019
  • Komen
Honor 20 Pro akan sampai Malaysia bulan Ogos, berapa pula harganya?
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, Honor Malaysia telah memberi petunjuk ketibaan Honor 20 Pro. Hari ini, mereka mengesahkan ia akan tiba di Malaysia pada bulan Ogos. Tetapi masih tiada tarikh tetap diberitahu.

Persoalan seterusnya, berapakah pula harganya? Honor 20 telah dijual di Malaysia dengan harga RM1,699. Ia memiliki kuasa pemproses yang sama dengan Honor 20 Pro, iaitu Kirin 980 tetapi dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB sahaja.



Manakala di Honor 20 Pro, ia akan dibekalkan RAM 8GB bersama storan 256GB. Sudah pasti harganya akan jauh lebih tinggi dari Honor 20.

Kita boleh dapat sedikit gambaran dari harga Honor View 20 yang dilancarkan awal tahun ini. Di Malaysia, View 20 dengan RAM 6GB dan storan 128GB berharga RM1,999. Manakala View 20 dengan RAM 8GB dan storan 256GB pula berharga RM2,499. Perbezaan harga sebanyak RM500.



Dari sini, kami anggarkan Honor 20 Pro juga sama iaitu berbeza RM500 dari Honor 20. Jadi, jangkaan kami ialah Honor 20 Pro akan berharga RM2,099 di Malaysia kelak.

Tetapi ada kemungkinan ia lebih mahal dari itu. Ini kerana di View 20, segalanya adalah sama kecuali di RAM dan storan. Tetapi Honor 20 Pro memiliki banyak kelebihan dari Honor 20 selain RAM dan storan, terutama dari segi kamera.

Honor 20 Pro dilengkapi 4 kamera belakang yang dinobatkan kedua terbaik oleh DxOMark dengan 111 markah. Ia setaraf dengan OnePlus 7 Pro dan satu mata sahaja di bawah Huawei P30 Pro.

4 kamera belakang Honor 20 Pro ini ialah kamera utama 48MP F1.4, apertur terbesar di telefon pintar. Diikuti kamera ultra lebar 16MP F2.2 dengan sudut pandang 117-darjah, kamera telefoto 8MP F2.4 yang mampu mengezum optikal 3x dan akhir sekali kamera makro 2MP F2.4.

Kehebatan kamera ini ditambah lagi dengan penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi di kamera utama dan telefoto. Ia juga dilengkapi autofokus laser yang lebih tepat dan pantas. Selain datang dengan AIS dan mod Super Night, Honor 20 Pro turut disertakan kuasa zum digital 30x dan mod HandHeld Moon, untuk mengambil gambar bulan tanpa tripod, cukup dengan tangan.

Adakah cukup berbaloi tambahan RM500 untuk kamera yang jauh lebih hebat bersama RAM dan storan lebih besar di Honor 20 Pro ini? Kita nantikan pengumumannya bulan depan.

Tags: honorHonor 20Honor 20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Honor 20 Pro akan sampai Malaysia bulan Ogos, berapa pula harganya?

Honor 20 Pro akan sampai Malaysia bulan Ogos, berapa pula harganya?

25 July 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER