• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 9T Pro mula dijual di Malaysia pada 27 Ogos

  • OLEH Najib
  • 12:15 pm
  • 21/08/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Mi 9T Pro telah selamat dilancarkan pada 20 Ogos di Eropah. Penjualannya di Malaysia pula akan dibuka tidak lama lagi apabila ia telah muncul di Stor Xiaomi Global di Shopee.

Mi 9T Pro dengan RAM 6GB dan storan 128GB telah disenaraikan di Stor Xiaomi Global di Shopee. Jualannya pula akan bermula pada 26 Ogos 2019, pukul 11.59 tengah malam. Lebih tepat lagi, jualannya ialah pada tengah malam 27 Ogos 2019.



Tetapi pada gambar produk, ia menyatakan akan mula dijual pada 30 Ogos. Ini mungkin satu kesilapan semasa memuat naik gambar.

Selain itu, versi storan 64GB dengan RAM 6GB juga akan ditawarkan di Stor Xiaomi Global pada 27 Ogos. Sebagai promosi pembeli terawal, mereka dilihat akan menawarkannya dengan harga istimewa, yang mana digambarkan ialah RM1?99. Harga ini pasti akan diumumkan sebelum tarikh 27 Ogos.



Jika berminat, jangan lupa untuk mengunjungi Stor Xiaomi Global di Shopee. Stor Xiaomi Global ialah stor yang menjual produk Xiaomi terus dari China. Walaupun ia tidak diuruskan oleh Xiaomi Malaysia, produk yang dibeli dari stor ini dijamin oleh Xiaomi Malaysia. Disebabkan penghantarannya dari China, ia mungkin mengambil masa lebih panjang untuk diterima.

Jika anda mahu mendapatkan set rasmi Malaysia, masih belum ada tarikh diberitahu oleh Xiaomi Malaysia tetapi ia akan datang tidak lama lagi. Apatah lagi ia telah lulus pensijilan SIRIM.

Tags: Mi 9Txiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi 9T Pro mula dijual di Malaysia pada 27 Ogos

21 August 2019
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN