fbpx

Rupa Redmi Note 8 Pro Dengan Kamera 64MP Terdedah Sehari Sebelum Pelancaran

Redmi dijadualkan mengumumkan dua buah telefon siri Note, Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro esok. Tapi, gambar telefon itu sudahpun tertiris dalam Internet untuk tatapan anda.

Redmi Note 8 Pro

Ini adalah telefon yang dijangka miliki kamera 64MP hasil manfaat sensor Samsung GW1 yang diumumkan baru-baru ini.

Muka Note 8 Pro menggunakan paparan 6.53″ beresolusi FHD+ tapi tidak diketahui sama ada AMOLED ataupun LCD. Atas papan utamanya, ia dilaporkan diperkasa SoC MediaTek Helio G90T bersama-sama RAM 8GB dan storan sehingga 128GB.

Di bahagian kamera, ada tiga buah kamera belakang. Selain kamera 64MP, ada juga kamera 8MP ultralebar, 2MP bokeh, dan 2MP makro. Bezanya kamera makro Note 8 Pro berbanding Honor 20 Pro adalah ia dilengkapi autofokus yang mampu membidik objek sehampir 2cm.

Secara kasar, ia ada rekaan macam Realme 3 Pro lebih-lebih lagi pada takuk berbentuk V. Kemudian, warnanya seakan OPPO Reno dan susunan kamera di bahagian tengah pun seperti berinsipirasikan telefon itu.

Menariknya telefon ini adalah ia ada bateri superbesar 4,500mAh dengan pengecasan pantas melalui USB-C. Dilaporkan juga yang ia ada pemancar inframerah serta NFC untuk digunakan.

Redmi Note 8

Walaupun daripada siri yang sama, Redmi Note 8 tidak miliki rupa paras seperti versi pro terutamanya pada bahagian belakang. Ia menggunakan susunan kamera terletak di sudut kiri seperti kebanyakkan telefon tahun 2019. Telefon ini menggayakan kamera 48MP sebagai kamera utama dengan 3 buah kamera sampingan yang lain.

Tidak banyak yang diketauhi tentang Redmi Note 8 biasa, tapi ia dikuasakan Snapdragon 665, SoC yang sama seperti Mi A3.

BACA  K20 Pro Dengan RAM 12GB dan Storan 512GB Sedia Dibeli Di Malaysia

Sumber: Weibo