fbpx

Ada mesej rahsia dalam video pelancaran Apple

Apple telah melancarkan beberapa produk dalam majlis dua hari lepas. Tarikan utamanya sudah pasti ialah siri iPhone 11, yang datang dalam tiga variasi iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Selain itu, Apple juga melancarkan Apple Arcade, Apple TV+, Apple iPad generasi ke-7 dan Apple Watch Series 5.

Banyak kan produk yang dilancarkan.

Jika anda terlepas menonton secara langsung majlis pelancaran tersebut dan mahu mendapatkan maklumat secara ringkas, Apple ada memuat naik video pendek sepanjang 2-minit yang bercerita secara ringkas seluruh majlis tersebut. Ia boleh ditonton di bawah ini.

Tetapi, video ini sebenarnya bukan sahaja menceritakan tentang majlis pelancaran. Ia turut menyelitkan easter egg atau mesej rahsia di dalamnya. Cuma, anda mungkin tidak perasan walaupun telah menontonnya.

Jika anda pergi ke minit 1:23, anda boleh terlihat imbasan skrin berlatar biru. Untuk pengguna komputer Windows, pasti sudah biasa dengan skrin biru yang lebih dikenali sebagai “Blue Scree of Death” atau BSOD. Jika tidak dapat menangkapnya, cuba perlahankan video kepada 0.25x untuk melihatnya.

Kalau tak dapat juga, skrin biru itu adalah seperti di bawah ini.

Dalam skrin tersebut, tertulis “Error 09102019” (10 September 2019, tarikh majlis pelancaran Apple). Di bawahnya pula, ada tertulis perkataan “This is just a thought. But it might be nice to have some sort of easter egg message in here for the hard core Apple fans that will stop the video.

Ia diikuti pula oleh set kod binari yang agak panjang lebar. Untuk memudahkan cerita, kod binari ini boleh diterjemahkan menggunakan binary-to-ascii converter dan jawapannya seperti di bawah.

BACA  Dapatkan iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max di Digi Store Pada 27 September 2019

“So you took the time to translate this? We love you.”

Bermaksud: Jadi anda mengambil masa untuk menterjemahkan ini? Kami sayang anda.

Puas hati?

Sumber: Reddit, TechCrunch