fbpx

Dua telefon 5G Xiaomi akan diperkenal minggu depan

Dua telefon pintar dengan keupayaan 5G akan dilancarkan oleh Xiaomi dalam satu acara yang sama minggu depan. Majlis tersebut akan diadakan pada 24 September 2019, di Beijing, China.

Dalam pengumuman tersebut, mereka juga menyatakan, dua model yang akan dilancarkan itu ialah Mi 9 Pro dan Mi MIX. Walaupun tak menyatakan nombor modelnya, dijangka ia adalah telefon pintar Mi MIX 4, menggantikan Mi MIX 3.

Mi 9 Pro ialah telefon pintar yang dilaporkan lebih awal, akan menyokong pengecasan pantas wayarles 30W. Ia juga akan menjadi telefon pintar Xiaomi yang pertama menyokong pengecas wayarles mengundur. Menurut senarai pensijilan TENAA, Mi 9 Pro akan menggunakan pemproses Snadragon 855+.

Bagi Mi MIX 4 pula, selain dilengkapi 5G, ia dikhabarkan akan menjadi telefon pintar pertama dengan kamera 108MP. Siri MIX sering tampil dengan keunikannya yang tersendiri. Mi MIX 3 tahun lepas, datang dengan gelungsur yang menyembunyikan kamera hadapan, sekaligus menjadikan skrinnya tanpa takuk dan lubang. Apa agaknya yang boleh kita lihat di Mi MIX 4 kelak?

Sama-sama kita nantikan majlis pelancaran Xiaomi ini pada pukul 2 petang waktu Beijing, pada 24 September 2019.

Sumber: Xiaomi

BACA  Dua model Oppo Reno2 tiba dengan kuasa 4 kamera, bateri 4000mAh dan VOOC 3.0