fbpx

Raja baru telefon bajet akan sampai ke Malaysia tidak lama lagi

Telefon pintar Redmi Note oleh Xiaomi sering dijulang sebagai telefon pintar bajet terbaik di bawah RM1,000. Kini model terbarunya yang telah dilancar di China bulan lepas, kelihatan akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi.

Facebook Xiaomi Malaysia telah memuat naik gambar yang menyatakan, The King is Coming, 1st 64MP Quad Camera, The Redmi Note 8 Series. Bermaksud, siri Redmi Note 8 akan datang ke Malaysia, dilengkapi 4-kamera dan kamera 64MP.

Malah jika benar bak dikata Xiaomi Malaysia, kedua-dua model Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro akan dibawa masuk ke Malaysia.

Redmi Note 8 Pro menggunakan kuasa pemproses baru dari Mediatek, iaitu cip Helio G90T yang direka khas untuk bermain games. Di China, ia dilengkapi RAM sehingga 8GB dan storan UFS 2.1 sehingga 128GB. Skrinnya dari jenis LCD bertakuk kecil, berukuran 6.53-inci dengan resolusi HD Penuh+.

Redmi Note 8 Pro

Di belakang, ia memiliki 4 kamera gabungan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Di hadapan pula, ia menggunakan kamera 20MP.

Bateri di dalamnya kini lebih besar, berkapasiti 4,500mah dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui sambungan USB-C. Lebih baik lagi, Xiaomi kini memberi pengecas pantas 18W terus di dalam kotak. Selain itu, telefon ini masih mengekalkan jek audio 3.5mm, slot kad mikroSD hibrid dan pemancar infra merah.

Redmi Note 8

Redmi Note 8 pula ialah telefon dengan prestasi sedikit rendah. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 665, RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Skrinnya sebesar 6.3-inci dari jenis LCD dan resolusi HD Penuh+.

Perbezaannya dengan versi Pro ialah kamera utama 48MP, kamera hadapan 13MP dan bateri hanya 4,000mAh. ia masih menyokong pengecasan pantas 18W melalui sambungan USB-C.

BACA  Laptop dwi-skrin 4K pertama di dunia dilancar di Malaysia pada harga bermula RM12,999

Di China, Redmi Note 8 Pro dijual dari harga RMB1,399 (~RM826) untuk RAM 6GB dan storan 64GB. Manakala Redmi Note 8 pula dijual dari serendah RMB999 (~RM588) bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Adakah ia boleh mengekalkan harga di bawah RM1,000 apabila dijual di Malaysia nanti?

Jika anda mahu memilikinya lebih cepat, penjual Mobile 2 Go telah pun menjual set import Redmi Note 8 Pro dari serendah RM1,098.

Sumber: Xiaomi Malaysia