Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

#Belanjawan2020: Kawasan luar bandar, Sabah & Sarawak fokus NFCP meluaskan capaian jalur lebar

Belanjawan Malaysia untuk tahun 2020 telah dibentangkan hari ini. Antara tajuk awal yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ialah membina infrastruktur digital.

Hasil pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) telah menyaksikan pengurangan harga internet jalur lebar secara mendadak serta kelajuan meningkat berkali ganda dalam masa singkat. Bank Dunia telah memuji kejayaan Kerajaan dalam mempercepatkan purata kelajuan jalur lebar kepada tiga kali ganda dalam tempoh hanya setahun.

Harga turun dan kelajuan meningkat diumum tahun lepas – BERNAMA

Bagi meluaskan lagi capaian internet jalur lebar ke seluruh Malaysia, pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) telah diatur dalam tempoh 5 tahun. Ia akan menyediakan liputan berkelajuan tinggi yang komprehensif dan jaringan digital berkualiti di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar.

Pelan NFCP memerlukan pelaburan berjumlah 21.6 bilion dan kerajaan akan mendapatkan kerjasama awam swasta untuk melabur. Melalui SKMM, kerajaan akan membiayai lebih separuh pelaburan diperlukan dan pelaburan dari sektor swasta diperoleh melalui geran padanan.

Bagi memberi capaian internet jalur lebar di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak, SKMM akan memperuntukkan RM250 juta untuk menyediakan akses internet melalui teknologi satelit.

Sebanyak RM210 juta lagi akan diperuntukkan untuk mempercepatkan pembangungan insfrastruktur digial di bangunan awam terutam di sekolah dan kawasan perindustrian. Kerajaaan akan memberi keutaaman peruntukan kepada lokasi di negeri yang dapat memudahkan dan mempercepat pelaksanaan NFCP.

Kita boleh mula melihat hasil pelaksanaan NFCP seperti kerjasama antara Digi dan TM Global, serta di antara Maxis dan Celcom Timur. Pemilik infrastruktur jalur lebar mula membuka penggunaan infrastruktur mereka kepada penyedia jalur lebar yang lain agar rakyat mempunyai lebih banyak pilihan untuk menggunakan jalur lebar.

BACA  DJI OM 4, nama baru tapi specs lama