• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon pertama Realme dengan kamera 64MP akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:54 pm
  • 24/10/2019
  • Komen
Telefon pertama Realme dengan kamera 64MP akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia perlu lebih berjaga-jaga kerana pesaing mereka, Realme telah menyatakan akan melancarkan telefon pintar 64MP mereka di Malaysia tidak lama lagi. Ia bukanlah Realme X2 Pro yang baru diumumkan di India minggu lepas, sebaliknya adalah Realme XT.

Realme XT adalah telefon pintar dengan kamera 64MP pertama dihasilkan Realme. Ia sebenarnya diperkenalkan di khalayak ramai buat pertama kali di India pada bulan Ogos lepas. Kini, ia telah pun dijual di India dan di Indonesia.



Di Malaysia, majlis pelancaran Realme XT akan diadakan minggu depan, pada hari Rabu, 30 Oktober 2019. Ia adalah siri X yang pertama datang ke Malaysia kerana Realme X tidak pernah dijual secara rasmi di sini.

Melihat helaian spesifikasi, Realme XT adalah sedikit naik taraf dari Realme 5 Pro. Dari segi prestasi, ia hampir sama kerana turut menggunakan pemproses Snapdragon 712, bersama RAM antara 4GB dan 8GB serta storan sehingga 128GB.



Perbezaannya boleh dilihat dari muka hadapan. Realme XT menggunakan skrin AMOLED HD Penuh, berukuran 6.4-inci. Kerana itu, ia juga menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin. Bateri di Realme XT sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 20W.

Seterusnya, kamera belakang Realme XT menampilkan kamera utama 64MP F1.8 yang menggunakan sensor Samsung GW1. Kamera lain ialah kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera bokeh 2MP. Tiada kamera telefoto. Di hadapan, ia dipasang kamera 16MP di dalam takuk kecil di atas skrin.

Berbanding Redmi Note 8 Pro, Realme XT lebih dilihat bersaing dalam kelompok Mi 9T. Ini kerana kedua-duanya memiliki skrin AMOLED dan pengimbas capjari dalam skrin. Sudah pasti, dengan harga lebih tinggi dari itu juga. Mi 9T yang dikuasakan Snapdragon 730 dan RAM 6GB, dijual pada harga RM1,199 dengan storan 64GB dan RM1,399 bersama storan 128GB.

Walaupun harga Realme XT di Malaysia masih belum diketahui, kita boleh mendapatkan gambaran awal melalui harga di Indonesia. Realme XT bersama RAM 4GB dan storan 128GB berharga IDR3.999.000 (~RM1,195), manakala versi RAM 8GB dan storan 128GB pula berharga IDR4.499.000 (~RM1,345).

Sumber: Kompas

Harga di Malaysia dijangka tidak jauh berbeza dari harga di atas. Ini kerana Realme 5 Pro bersama RAM 8GB dan storan 128GB berharga IDR3.699.000 (~RM1,106) manakala harga rasminya di Malaysia ialah RM1,099. Jika dibundarkan, Realme XT dianggarkan berharga RM1,199 (RAM 4GB + storan 128GB) dan RM1,349 (RAM 8GB + storan 128GB).

Adakah tepat jangkaan kami ini? Kita nantikan pengumuman lanjut pada 30 Oktober 2019.

Tags: 64MPRealmeRealme XT
Najib

Najib

POPULAR

Telefon pertama Realme dengan kamera 64MP akan datang ke Malaysia

Telefon pertama Realme dengan kamera 64MP akan datang ke Malaysia

24 October 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN