• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna LRT, MRT, Monorel dan Komuter kini boleh mula guna jejantas pejalan kaki ke Mid Valley

  • OLEH Najib
  • 12:00 pm
  • 15/11/2019
  • Komen
Pengguna LRT, MRT, Monorel dan Komuter kini boleh mula guna jejantas pejalan kaki ke Mid Valley
Share on FacebookShare on Twitter

Perjalanan ke pusat membeli-belah The Gardens dan Mid Valley Megamall menggunakan pengangkutan awam kini lebih mudah, apabila jejantas pejalan kaki yang menghubungkan antara LRT Abdullah Hukum (laluan Kelana Jaya) dan The Gardens kini telah dibuka. Ia adalah satu lagi laluan tren yang berhubung terus ke pusat membeli-belah tersebut, selain KTM Komuter.

Jejantas pejalan kaki ini sebenarnya berhubung antara LRT Abdullah Hukum dan bangunan KL Eco City di tengah dan seterusnya ke The Gardens Mall. Dari The Gardens Mall, orang ramai boleh berjalan kaki menuju ke Mid Valley Megamall sama ada di laluan terbuka di tingkat bawah atau jejantas pejalan kaki.



Menurut The Gardens Mall, orang ramai yang mahu menggunakan jejantas pejalan kaki boleh berbuat demikian melalui tingkat 1 bahagian selatan The Gardens Mall, berdekatan Isetan. Laluan ini akan dibuka dari jam 6 pagi sehingga 1 pagi setiap hari.

Untuk menuju ke stesen LRT Abdullah Hukum (laluan Kelana Jaya), pengguna LRT laluan Ampang dan Sri Petaling boleh bertukar di stesen Masjid Jamek. Pengguna Monorel pula boleh bertukar di stesen KL Sentral dan pengguna MRT di stesen Pasar Seni.



Pengguna KTM Komuter laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral juga boleh menggunakan jejantas pejalan kaki ini melalui stesen Komuter Abdullah Hukum. Bagi KTM Komuter laluan Seremban, boleh terus turun di stesen MidValley.

Pembukaan jejantas ini pastinya akan menarik lebih ramai orang untuk menggunakan pengangkutan awam. Ia juga menambah nilai buat pengguna pas MY100 kerana pas ini boleh digunakan di kebanyakan pengangkutan awam tanpa had, termasuk LRT.

Adakah anda salah seorang yang lama menantikan pembukaan jejantas ini? Bolehlah gunakannya sekarang untuk pergi ke The Gardens dan Mid Valley Megamall tanpa bersusah payah lagi mencari tempat meletak kereta di sana.

Tags: lrtThe Gardens
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna LRT, MRT, Monorel dan Komuter kini boleh mula guna jejantas pejalan kaki ke Mid Valley

Pengguna LRT, MRT, Monorel dan Komuter kini boleh mula guna jejantas pejalan kaki ke Mid Valley

15 November 2019
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN