• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua terminal bas awam disaran sedia sistem pembayaran eWallet

  • OLEH Najib
  • 7:01 pm
  • 23/01/2020
  • Komen
Semua terminal bas awam disaran sedia sistem pembayaran eWallet
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, mahu semua terminal bas awam di seluruh negara untuk melaksanakan sistem pembelian tiket tanpa tunai, menggunakan sistem eWallet. Tetapi langkah ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

Ini kerana terdapat terminal bas yang masih belum melaksanakan sistem pembelian tiket berpusat (CTS). Untuk terminal yang masih belum dilengkapi CTS, mereka akan diberi masa untuk melaksanakannya. Beliau bercakap selepas meninjau penumpang yang pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baru Cina di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).



Buat masa ini, antara terminal yang mengamalkan pembelian tiket tanpa tunai adalah Terminal Amanjaya di Ipoh, Perak, serta TBS yang baru melancarkan sistem pembelian menggunakan eWallet. TBS bekerjasama dengan Touch n Go eWallet untuk melaksanakan sistem pembayaran tanpa tunai, dengan dua lagi platform eWallet akan diintegrasi tidak lama lagi iaitu Boost dan GKash.

Perkara ini turut akan diluaskan lagi kepada syarikat bas henti-henti. Syarikat yang mahu menerima subsidi daripada kerajaan, perlu mengikuti syarat melaksanakan sistem pembelian tiket tanpa tunai dan mereka juga akan diberi masa untuk melaksanakannya secara berperingkat.



Tahun lepas, RapidKL telah menghapuskan pembayaran tunai di semua bas RapidKL dan bas perantara MRT. Pembayaran yang diterima hanyalah melalui kad Touch n Go.

Sumber: Berita Harian, Malay Mail

Tags: Anthony LokeBoosteWalletGKashTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

Semua terminal bas awam disaran sedia sistem pembayaran eWallet

Semua terminal bas awam disaran sedia sistem pembayaran eWallet

23 January 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN