Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Astro Broadband kini menawarkan internet tanpa had berkelajuan 300mbps, 500Mbps dan 800Mbps

Astro sebelum ini telah bekerjasama dengan Maxis, menawarkan jalur lebar tetap di rumah bersama Astro IPTV pada kelajuan 30Mbps dan 100Mbps. Hari ini, Astro mengumumkan mereka menawarkan kelajuan lebih tinggi buat pengguna, sehingga 800Mbps.

Astro Broadband kini menawarkan gandingan internet dan kandungan interaktif dari serendah RM128.95 yang memberikan kelajuan internet 30Mbps bersama pek Astro Family. Untuk kelajuan lain, ia ditawarkan bermula dari RM168.95 untuk 100Mbps, RM188.95 bagi kelajuan 300Mbps, RM258.95 dengan kelajuan 500Mbps dan RM338.95 bersama kelajuan 800Mbps.

Khas untuk pelanggan 500Mbps dan 800Mbps, pelanggan akan turut menerima sepasang peranti Wifi Mesh untuk liputan WiFi yang lebih luas dan stabil di dalam rumah. Bagi muat naik, pelan 500Mbps memiliki kelajuan muat naik 100Mbps manakala pelan 800Mbps pula dengan kelajuan muat naik 200Mbps.

Pengguna Astro sedia ada juga boleh melanggan pelan gandingan Astro dan Maxis ini. Penjimatan sehingga RM720 boleh diterima jika melanggannya secara bersama, berbanding melanggan secara berasingan. Tetapi penjimatan ini berbeza mengikut pelan jalur lebar dan pek Astro yang dilanggan.

Bagi menambah pengalaman 4K, Astro turut menawarkannya menerusi Astro Ultra Box. Pelanggan Astro sedia ada dengan bil melebihi RM100/bulan, boleh mendapatkannya secara percuma. Manakala pelanggan dengan bil kurang RM100/bulan, perlu membayar RM199 untuk pemasangan.

Bagi pelanggan baru pula, Astro Ultra Box boleh dimiliki dengan membayar RM99 untuk langganan bulanan sekurang-kurangnya RM100, atau membayar RM199 untuk langganan kurang dari RM100.

Kepada mereka yang memiliki bajet terhad tetapi mahu mendapatkan Astro serta internet jalur lebar tetap di rumah, Astro dan Maxis masih menwarkan promosi RM99/bulan yang memberikan jalur lebar tetap berkelajuan 30Mbps bersama pek Astro Family. Lebih baik lagi pendaftaran promosi ini dalam talian akan menerima 1-bulan percuma.

BACA  15 episod klasik kartun G.I. Joe kini boleh ditonton di YouTube

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan dan tawaran ini, layari laman web Astro Broadband.