Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OPPO Malaysia mengesahkan kedatangan Find X2 dengan kuasa Snapdragon 865 5G

Walaupun dikhabarkan akan dilancarkan di pentas global MWC 2020 pada hujung bulan ini, Oppo Malaysia mahu mengesahkan lebih awal tentang kedatangan telefon flagship terbaru mereka ke Malaysia. Oppo Find X2 yang akan dilancarkan di Barcelona pada 22 Februari, akan datang ke Malaysia tidak lama lagi kemudian.

Selain itu, Oppo Malaysia turut berkongsi beberapa perkara yang akan terdapat di Find X2. Antaranya adalah kuasa pemprosesnya menggunakan cip terbaru Qualcomm Snapdragon 865 dengan sokongan rangkaian 5G. Find X2 juga akan memiliki skrin dengan refresh rate 120Hz.

Perkara berkenaan skrin di Find X2 ini telah dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Naib Presiden Oppo, Brian Shen. Dalam twitternya, beliau menerangkan telefon flagship terbaru Oppo akan memiliki skrin dengna refresh rate 120Hz, resolusi 2K, 240Hz sampling, penukaran SDR ke HDR, kadar kecerahan HDR sehingga 1200nits dan DCI-P3 100%.

Selain itu, Find X2 sebenarnya telah menerima pengiktirafan dari SIRIM. Bukan satu, tetapi terdapat dua model Find X2 yang disenaraikan di SIRIM. Model nombor CPH2023 merujuk kepada Find X2 dengan sokongan 4G LTE. Manakala CPH2025 pula ialah Find X2 Pro dengan sokongan 5G (700MHz & 3500MHz).

Buat masa ini, hanya ini spesifikasi rasmi yang boleh ditemui berkenaan Find X2. Tahun lepas, Find X dilancarkan sebagai telefon flagship dengan kamera boleh sembunyi yang unik. Apakah ada benda baru yang akan dibawakan oleh Oppo untk Find X2? Kita nantikan majlis pelancarannya pada 22 Februari nanti.

BACA  Oppo guna cara bijak untuk capai pengecasan pantas 125W dengan selamat