• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 9X Pro akan datang ke Malaysia bulan Mac

  • OLEH Najib
  • 11:08 am
  • 25/02/2020
  • Komen
Honor 9X Pro – telefon Honor pertama berkuasa Kirin 810 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam majlis pelancaran di Barcelona pagi ini, Honor secara rasminya melancarkan telefon pintar Honor 9X Pro di pentas antarabangsa. Ia merupakan telefon pertama dari Honor dilengkapi pemproses Kirin 810 serta menggunakan Huawei Mobile Services.

Dalam acara tersebut, harga jualan Honor 9X Pro diumumkan pada EUR249 (~RM1,132) dan ia akan berada di pasaran bermula bulan Mac depan. Antara negara terawal yang akan menerimanya ialan Perancis, Jerman, Belanda, Mesir, Arab Saudi dan juga Malaysia.



Harga jualannya di Malaysia dijangka lebih murah berbanding harga di Eropah dan kita telah dimaklumkan, hanya satu varian akan dijual di Malaysia iaitu RAM 6GB dan storan dalaman 256GB. Adakah ia akan menjadi telefon pintar pertama di bawah RM1,000 dengan storan sebesar 256GB?

Jika belum mengenalinya, Honor 9X Pro memiliki skrin berukuran 6.59-inci HD Penuh tanpa takuk dan lubang. Ini kerana ia menggunakan modul pop-up yang boleh menyembuyikan kamera hadapan 16MP.



Di belakang, terdapat tiga kamera padanya iaitu kamera utama 48MP, kamera utra lebar 8MP dan kamera potret 2MP. Walaupun spesifikasinya hampir sama dengan Honor 9X, kamera di telefon ini lebih baik sikit dengan fungsi tambahan seperti Mod Ultra Clarity AI, ISO setinggi 102,400 serta penstabil AI.

Telefon ini menerima kuasa dari bateri 4,000mAh yang mengecas melalui USB-C. Ia menyokong pengecasan biasa 10W sahaja, tiada pengecasan pantas. Selain itu, ia menjalankan sistem operasi Android 9 bersama antaramuka EMUI 9.1.

Seperti yang dimaklumkan tadi, Honor 9X Pro merupakan telefon pertama dari Honor yang dijual di Malaysia tanpa Google Mobile Services. Tiada aplikasi Google di dalamnya dan ia menggunakan Huawei AppGallery untuk memuat turun aplikasi, menggunakan teras Huawei Mobile Services.

Tags: honorHonor 9X Pro
Najib

Najib

POPULAR

Honor 9X Pro – telefon Honor pertama berkuasa Kirin 810 di Malaysia

Honor 9X Pro akan datang ke Malaysia bulan Mac

25 February 2020
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN