• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

View 30 Pro adalah telefon pintar 5G pertama Honor di pentas global dengan Kirin 990 5G

  • OLEH Najib
  • 12:06 pm
  • 25/02/2020
  • Komen
View 30 Pro adalah telefon pintar 5G pertama Honor di pentas  global dengan Kirin 990 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Awal pagi ini di Barcelona, Honor telah melancarkan beberapa produk baru untuk pasaran antarabangsa. Salah satu darinya adalah telefon pintar 5G pertama mereka, Honor View 30 Pro. Telefon ini menyokong rangkaian 5G dwi-mod, SA dan NSA.

Sekilas pandang, ia seperti memiliki spesifikasi yang sama dengan telefon pintar Huawei Mate 30 Pro 5G. Kuasanya digerakkan oleh pemproses Kirin 990 5G bersama empat kamera belakang yang menggunakan kamera utama 40MP dari sensor Sony IMX600. DxOMark memberikannya 1 markah lebih tinggi dari Huawei Mate 30 Pro 4G.



Telefon ini dibekalkan dengan RAM sehingga 8GB serta storan dalaman dari jenis UFS 3.0 sehingga 256GB. Ia boleh memuatkan dua kad sim serentak tetapi tidak ruang untuk kad mikroSD bagi storan tambahan.

Di hadapan, ia memiliki skrin berukuran 6.57-inci HD Penuh dari jenis LCD, dengan lubang bujur di atas yang memuatkan dua kamera hadapan. Kamera ini gandingan kamera utama 32MP, bersama kamera ultra lebar 8MP.



Di belakang pula ia menggunakan tiga kamera. Kamera tersebut ialah kamera utama 40MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP yang berkeupayaan mengezum optikal 3x dan zum hibrid sehingga 5x. Kamera ini turut dilengkapi penstabil imej optikal (OIS) dan autofokus laser.

Tenaganya disalurkan dari bateri berkapasiti 4,100mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperCharge 40W melalui USB-C. Ia juga menyokong pengecasan wayarles, menjadikannya telefon pertama Honor dengan fungsi ini. Pengimbas capjari pula terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Dalam pelancaran ini, Honor menyatakan ia akan menjual View 30 Pro di Rusia terlebih dahulu sebelum menuju ke negara lain. Buat masa ini, ia tidak mengatakan bilakah View 30 Pro akan dijual di Malaysia.

Perlu diambil perhatian, telefon ini menjalankan sistem operasi Android 10 dengan antaramuka MagicUI 3.0.1, bersama Huawei Mobile Services. Bermakna, tiada Google Mobile Services padanya, tiada Google Playstore dan tiada aplikasi Google di dalam.

Kenali Honor View 30 Pro lebih lanjut menerusi video buka kotak kami di bawah.

Tags: honorHonor View 30 Pro
Najib

Najib

POPULAR

View 30 Pro adalah telefon pintar 5G pertama Honor di pentas  global dengan Kirin 990 5G

View 30 Pro adalah telefon pintar 5G pertama Honor di pentas global dengan Kirin 990 5G

25 February 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN