• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom sumbang 200 SIM, 40 telefon dan Cellular on Wheels tanda sokongan buat kakitangan barisan hadapan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:57 pm
  • 27/03/2020
  • Komen
Celcom sumbang 200 SIM, 40 telefon dan Cellular on Wheels tanda sokongan buat kakitangan barisan hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom melaksanakan insiatif untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan memberikan bantuan perhubungan kepada kakitangan perubatan di hospital yang menangani kes COVID-19 di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi, ia merupakan sokongan pihaknya untuk membantu usaha pihak KKM dalam menangani penularan wabak COVID-19 dengan memperluaskan kaedah untuk mereka berkomunikasi.



Menerusi bantuan ini, Celcom telah menyerahkan 200 kad SIM pascabayar kepada pihak KKM yang boleh digunakan untuk menghubungi pesakit yang masih dalam siasatan (PUI) atau kontak yang berpotensi. Kad sim berkenaan tersedia dengan panggilan tanpa had dan data internet sebanyak 20GB. Ia dapat membantu memudahkan komunikasi menerusi panggilan atau aplikasi Whatsapp.

Celcom turut menghulurkan bantuan kepada Hospital Sungai Buloh dengan menyediakan sebuah unit infrastruktur rangkaian mudah alih Cellular on Wheels dan 40 buah peranti mudah alih dilengkapi talian telefon. Dengan adanya Cellular on Wheels, ia dapat membantu manambah baik rangkaian yang memudahkan perhubungan di hospital paling kritikal dalam merawat pesakit COVID-19 itu.



Terdahulu, Celcom turut menyediakan beberapa insiatif bagi meringankan beban pengguna. Ia termasuk memberikan akses aplikasi whatsapp dan microsoft office 365 secara percuma serta pelbagai lagi kemudahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

WhatsApp percuma di Celcom dan Xpax sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Ramai pihak telah menghulur bantuan kepada KKM sebagai tanda sokongan mereka dalam menangani pandemic COVID-19. Sokongan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, tetapi kepatuhan kita terhadap PKP sudah memadai untuk memutuskan rantaian jangkitan virus ini.

Tags: celcomCOVID-19kementerian kesihatan
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Celcom sumbang 200 SIM, 40 telefon dan Cellular on Wheels tanda sokongan buat kakitangan barisan hadapan

Celcom sumbang 200 SIM, 40 telefon dan Cellular on Wheels tanda sokongan buat kakitangan barisan hadapan

27 March 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN