• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Malaysia mahu perkenal 5 perkara baru esok

  • OLEH Najib
  • 3:26 pm
  • 01/04/2020
  • Komen
Huawei Malaysia mahu perkenal 5 perkara baru esok
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memberi teka-teki pelancarannya, hari ini Huawei Malaysia mengumumkan akan melancarkan tiga produk baru mereka di Malaysia. Telefon pintar siri P40, tablet MatePad Pro dan jam pintar Watch GT2e telah dilancarkan atas talian minggu lepas, dan akan dilancarkan di Malaysia hari esok, 2 April 2020.

Pelancaran produk baru ini boleh ditonton secara langsung di beberapa platform, antaranya di Facebook, twitter dan YouTube Huawei Malaysia, saluran TV di TV3, NTV7 dan 8TV, serta platform media sosial rakan niaga mereka iaitu Facebook Courts, Facebook Harvey Norman dan Facebook Senheng.



Majlis pelancaran ini akan diadakan pada pukul 6 petang, hari Khamis 2 April 2020. Huawei Malaysia turut menyediakan hadiah untuk dimenangi buat penonton yang menyaksikan siaran langsung ini.

Selain melancarkan tiga produk baru, Huawei Malaysia turut mahu membentangkan kemaskini terbaru berkenaan stor aplikasi Huawei AppGallery serta program jaminan Huawei Care 2020. Jika anda tidak tahu, AppGallerry merupakan stor aplikasi utama untuk peranti Android baru Huawei. Ini kerana Amerika menyekat Huawei dari berurusniaga dan ia mengakibatkan Google tidak dapat mengiktiraf peranti Huawei sekaligus menggunakan perkhidmatan Google seperti YouTube, Maps dan Playstore.



Berkenaan Huawei Care 2020 pula, kita mungkin akan mendengar tawaran baru berkenaan jaminan Huawei. Sebelum ini, beberapa produk baru Huawei diberi jaminan selama 2 tahun sebagai salah satu promosi menarik pelanggan. Kami berharap ia diteruskan dan diluaskan lagi ke lebih banyak produk.

Siri Huawei P40 adalah telefon pintar flagship baru yang diperkasa cip Kirin 990 5G serta kamera yang lebih hebat. Huawei MatePad Pro pula adalah tablet berkuasa tinggi menggunakan cip Kirin 980 bersama skrin 10.8+ QHD. Watch GT 2e pula ialah jam pintar yang mirip Watch GT 2 46mm, dengan tambahan fungsi pemantauan SpO2.

Jangan lupa untuk membuka TV atau komputer anda untuk menonton siaran langsung Huawei Malaysia ini esok. Mana tau, boleh dapat hadiah percuma walaupun duduk di rumah sahaja.

Tags: Huaweihuawei p40Huawei Watch GT 2E
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Huawei Malaysia mahu perkenal 5 perkara baru esok

Huawei Malaysia mahu perkenal 5 perkara baru esok

1 April 2020
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER