• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile perkukuh rangkaian di hospital dan sumbang 100 unit telefon

  • OLEH Najib
  • 2:50 pm
  • 02/04/2020
  • Komen
U Mobile perkukuh rangkaian di hospital dan sumbang 100 unit telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menyokong usaha kerajaan melawan penularan COVID-19, U Mobile telah menyumbang 100 unit telefon pintar baharu yang datang bersama data dan panggilan tanpa had untuk kegunaan pegawai kesihatan. Peranti ini telah diserahkan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Sungai Buloh.

Data dan panggilan tanpa had ini diberikan menerusi kad sim yang memiliki pelan pascabayar U Mobile GX68. Ia boleh digunakan oleh pegawai kesihatan untuk mengesan pesakti yang sedang disiasat (PUI) di samping menjejak kenalan yang pernah bersama.



Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck menjelaskan, “U Mobile sangat menghargai keberanian dan usaha yang ditunjukkan oleh pegawai perubatan Malaysia yang mengambil risiko untuk menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19. Kerana itu, kami mahu melakukan apa jua perkara yang termampu untuk menyokong pasukan kesihatan ini.”

Tambah beliau, “Sehingga hari ini, kami telah menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan kini dengan 100 unit telefon pintar dan 100 kad sim pascabayar dengan data dan panggilan tanpa had, kami berharap agar pegawai kesihatan dapat menggunakannya untuk terus berhubung, membuat pengesanan kenalan utama dan menjejaki PUI. U Mobile akan terus memantau situasi semasa dan memberi sokongan yang termampu.”



Bagi meningkatkan kualiti dan liputan rangkaian, U Mobile juga telah menempatkan menara pemancar sementara berhampiran Hospital Sungai Buloh. Ia dilaksanakan dengan kerjasama ZTE dan edotco.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), U Mobile telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia bekerja dan belajar di rumah. Pengguna pascabayar tanpa had menerima kuota hotspot digandakan dan semua pengguna diberi 1GB data percuma setiap hari, dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. PKP kini di fasa kedua dan dijadualkan tamat pada 14 April 2020.

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakanu mobile
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
U Mobile perkukuh rangkaian di hospital dan sumbang 100 unit telefon

U Mobile perkukuh rangkaian di hospital dan sumbang 100 unit telefon

2 April 2020
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER