• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom beri SIM percuma untuk rakyat yang pulang dari luar negara dan dikuarantin wajib 14-hari

  • OLEH Najib
  • 11:21 am
  • 06/04/2020
  • Komen
Pengguna Celcom dan Xpax boleh nikmati cashback menerusi eWallet Boost
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom meneruskan lagi usaha mereka menjalankan tanggungjawab sosial korporat, dengan memberikan kad SIM percuma kepada rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan perlu menjalani kuarantin mandatori selama 14 hari, sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Ia diberikan untuk membantu semua orang dapat terus berhubung dalam tempoh tersebut.

Rakyat Malaysia yang dikuarantin ini boleh memohon kad SIM percuma ini dari pihak berkuasa, seterusnya mendaftar sendiri di aplikasi Celcom Life. Ia adalah pek prabayar yang disertakan 1GB data bersama 10GB data bagi Facebook, Instagram dan Games Walla.



Selain itu, semua pengguna Celcom turut menerima 1GB internet percuma setiap hari, WhatsApp percuma tanpa had untuk permesejan, panggilan suara dan video, serta akses tanpa had ke laman web dan perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jika perlu, tambah nilai boleh dibuat menerusi aplikasi Celcom Life.

Sebelum ini, Celcom telah menyumbangkan 200 kad SIM percuma dengan data 20GB dan panggilan suara tanpa had, untuk kakitangan perubatan di hospital yang mengendali kes COVID-19 di seluruh negara. Sebanyak 40 telefon dan talian turut didermakan buat kakitangan perubatan di Hospital Sungai Buloh, di samping menyediakan unit Cellular-On-Wheels Celcom di Hospital Sungai Buloh bagi memastikan sambungan talian yang lancar di kawasan tersebut.



Celcom juga kini menawarkan satu pelan insurans mampu milik sempena COVID-19, dikenali sebagai Aspirasi C-Protect. Pengguna hanya dicaj RM1 dan ia merangkumi perlindungan sehingga RM20,000 dan bantuan kewangan harian bagi kes COVID-19 melalui aplikasi Celcom Life.

Dapatkan lebih banyak maklumat berkenaan inisiatif Celcom sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berjalan, di laman web Celcom COVID-19 Support.

Tags: celcomCOVID-19Perintah kawalan
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Pengguna Celcom dan Xpax boleh nikmati cashback menerusi eWallet Boost

Celcom beri SIM percuma untuk rakyat yang pulang dari luar negara dan dikuarantin wajib 14-hari

6 April 2020
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN