Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

COVID-19: Gocar dan Shell beri kereta dan petrol percuma untuk pejuang barisan hadapan

Untuk menghargai dan memberi bantuan kepada pejuang barisan hadapan wabak COVID-19, Gocar dengan kerjasama Shell menawarkan kenderaan percuma bersama baucer petrol untuk mereka. Mereka ini boleh menggunakan kenderaan milik Gocar sehingga seminggu tanpa bayaran.

Tawaran Gocar ini diberikan untuk tempahan yang dibuat antara 8 hingga 14 April 28 April 2020 dan ia boleh digunakan antara 8 hingga 30 April 2020. Kereta yang disediakan dalam tawaran ini ialah Nissan Almera yang terletak di stesen minyak Shell terpilih. Senarainya boleh dirujuk di sini.

KEMASKINI 15/04/2020: Tawaran Gocar ini kini dibuka dari 8 hingga 28 April 2020. Ia boleh digunakan untuk semua kereta Nissan Almera yang terletak di seluruh Malaysia Barat. Senarai lokasi boleh dirujuk di sini.

Sumber: Gocar

Jika berminat, mereka yang layak boleh mendaftar di laman web Gocar x Shell Healthcare. Permohonan yang berjaya akan menerima kupon Gocar bernilai RM483 yang boleh digunakan untuk menempah Nissan Almera selama 7 hari berturut-turut. Gocar juga akan memberi kupon Shell bernilai RM30 dalam masa 24 jam selepas tempahan dibuat.

Menurut Gocar, pejuang barisan hadapan penjagaan kesihatan merujuk kepada sesiapa sahaja yang bertugas dalam industri penjagaan kesihatan seperti doktor, jururawat, petugas bahan buangan medikal, ahli farmasi, pengurusan profesional di hospital dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar bagi mendapatkan tawaran ini, layari laman web Gocar x Shell Healthcare.

Gocar sebelum ini telah menawarkan sewaan kereta Nissan Almera serendah RM30 sehari untuk membantu peniaga di musim PKP berjalan. Peniaga yang berminat mendaftar Gocar for Delivery, boleh mendapatkan info berkenaan cara memohonnya di sini.

Sumber: Gocar

BACA  Green Packet bakal pasang 63 pengimbas suhu dilengkapi AI di 63 sekolah swasta di Malaysia