Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Beberapa lagi ahli baru Redmi Note 9 akan dilancarkan minggu depan

Xiaomi Malaysia telah melancarkan model Redmi Note 9S bulan lepas. Walaupun namanya berbeza dengan model yang dilancarkan di India, ia sebenarnya sama dengan Redmi Note 9 Pro di India. Kita mungkin akan dapat melihat versi yang sama dengan Redmi Note 9 Pro Max India di Malaysia tidak lama lagi, kerana Xiaomi Malaysia baru sahaja mengumumkan akan melancarkan siri Redmi Note 9.

Majlis pelancaran siri Redmi Note 9 ini akan diadakan pada hari Khamis, 30 April 2020 pukul 8 malam. Ia boleh ditonton secara langsung menerusi Facebook Xiaomi Malaysia.

Apabila disebut siri Redmi Note 9, bermakna ia ada lebih dari satu model. Sama ada Redmi Note 9S tergolong dalam siri ini atau tidak, masih tidak diketahui. Tetapi ita boleh mengambil petunjuk dari apa yang diperkatakan oleh pembocor berita terkenal, Roland Quandt.

Menurut Roland, terdapat tiga telefon pintar baru Xiaomi akan dilancarkan di Eropah tidak lama lagi. Setakat ini, kebanyakan model Xiaomi yang dilancarkan di Eropah adalah versi antarabangsa, yang turut akan dijual di Malaysia. Versi antarabangsa sering berbeza dengan versi China dan versi India.

Tiga model yang akan dilancarkan di Eropah itu ialah Redmi Note 9 Pro, Redmi Note 9 dan Mi 10 Lite. Redmi Note 9 Pro akan dilengkapi RAM 6GB dan storan 128GB bersama tiga jenis warna. Manakala Redmi Note 9 dipasang dengan RAM 3GB dan storan 64GB, serta tiga piihan warna. Mi Note 10 Lite memiliki RAm 6GB dan storan 128GB, juga dengan tiga warna.

BACA  Promo 9.9: Himpunan tawaran earfon Bluetooth in-ear yang menarik

Jika Redmi Note 9S Malaysia sama dengan Redmi Note 9 Pro India, kita mungkin boleh anggarkan bahawa Redmi Note 9 Pro antarabangsa adalah sama dengan Redmi Note 9 Pro Max India. Kelebihan versi Pro Max ini ialah ia memiliki kamera utama 64MP, kamera hadapan 32MP dan memiliki kepala pengecasan pantas 33W.

Untuk Redmi Note 9, memandangkan ia memiliki RAM lebih kecil, ia mungkin diturun taraf dalam beberapa aspek terutama sekali di bahagian kamera. Harganya juga pasti lebih murah dari Redmi Note 9S sekarang.

Apakah tepat jangkaan kami ini? Kita kena sama-sama nantikan pengumuman rasmi dari Xiaomi Malaysia pada 30 April nanti.

Sumber: Xiaomi