Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tidak lagi automatik, 1GB percuma di Yoodo kini perlu ditebus setiap hari

Sejak dari permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Yoodo antara penyedia perkhidmatan terawal mengumumkan pemberian data 1GB percuma setiap hari kepada pengguna. Pengguna juga tidak perlu mendaftar atau menebusnya kerana pemberian ini diberikan secara automatik setiap hari dan data yang tidak habis digunakan, akan dibawa ke hadapan.

Tetapi tawaran itu tamat pada hari ini, 4 April 2020. Bermula dari 5 Mei, Yoodo masih akan memberikan 1GB percuma setiap hari sehingga tamatnya PKP pada 12 Mei. Tetapi kali ini pengguna perlu menebusnya setiap hari.

Penebusan 1GB percuma ini boleh dibuat menerusi aplikasi Yoodo. Sebelum itu, kemaskini aplikasi Yoodo anda kepada versi terkini.

Buka Aplikasi Yoodo dan pergi ke 1GB Bonus COVID-19 dan tekan Tebus. Kemudian pilih Pas PERCUMA 1GB dan tekan Tebus. Anda boleh melihat kuota tersebut di muka utama beserta waktu luputnya.

Data ini akan boleh digunakan dalam 24 jam dan akan lupus selepas itu, tidak lagi dibawa ke hadapan. Pengguna hanya boleh menebus 1GB data percuma sekali setiap 24 jam.

Jika anda memerlukan lebih banyak data, promosi 20GB data pada harga RM20 sahaja diteruskan sehingga 30 Jun 2020. Selain itu, Yoodo juga baru memperkenalkan beberapa pelan baru seperti perayauan data lebih lama, program ganjaran pengguna setia dan Power Pass 100GB hanya RM2. Maklumat lanjut promosi dan pelan baru ini boleh dirujuk di sini.

Kalau anda bukan pelanggan Yoodo dan mahu mencubanya, kad sim Yoodo boleh ditempah secara percuma dan ia datang bersama 7GB juga percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

Sumber: Yoodo

BACA  Oppo Reno 3 Pro & Reno 3: Maklumat Penjualannya Di Malaysia