Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tanda 12 Mei 2020 Pada Kalendar Kerana Poco Dah Lancarkaan Teaser Pelancaran Pengganti F1

Pocophone F1 sewaktu dilancarkan dalam tahun 2018 adalah sebuah produk yang laku keras kerana padanya ialah sebuah telefon berkelas flagship yang miliki tanda harga kelas pertengahan. Pada harga RM1,299 ia adalah telefon ber-Snapdragon 845 termurah dalam pasaran ketika itu.

Tapi, selepas F1, sudah tiada lagi Poco baru yang dilancarkan. Mungkin sebab pasaran kelas pertengahan sudahpun dibanjiri dengan telefon berkuasa tinggi.

Kalau anda ternantikan magis Poco yang seterusnya, 12 Mac 2020 mungkin adalah hari anda. Hal ini kerana, pihak Poco telah mengutuskan beberapa teaser di Internet yang mencadangkan mereka bakal hadir dengan sesuatu pada hari tersebut sambil mengimbas semula kegemilangan Poco F1.

Tak banyak maklumat yang boleh diekstrak daripada teaser yang dikongsikan kecuali dua tanda pagar iaitu #POCOisBACK dan #PowerfullyCool.

Sewaktu Poco F1 dilancarkan, ia miliki spesifikasi seakan Mi 9. Untuk kali ini, ia mungkin akan mewarisi beberapa komponen Mi 10. Malah, jangan pula terkejut sekiranya harganya lebih tinggi daripada harga pelancaran Poco F1 dulu.

BACA  APP Instagram dikesan akses kamera iPhone tanpa pengetahuan pengguna