• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laptop Huawei Matebook D kini hadir dengan kuasa Ryzen 7

  • OLEH Najib
  • 3:33 pm
  • 20/05/2020
  • Komen
Laptop Huawei Matebook D kini hadir dengan kuasa Ryzen 7
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah melancarkan laptop MateBook D pada awal tahun ini, dengan skrin seluas 15-inci dan dikuasakan pemproses AMD Ryzen 5. Kini mereka mengemaskini barisan model laptop ini dengan skrin 14-inci serta pilihan pemproses lebih berkuasa, AMD Ryzen 7.

Kedua-dua model baru MateBook D 14 dan D 15 ini menggunakan pemproses AMD Ryzen 7 3700U dan digandingkan dengan pemproses grafik Radeon RX Vega 10. Seperti namanya, MateBook D15 memiliki skrin HD Penuh berukuran 15.6-inci, manakala MateBook D 14 ada skrin HD Penuh 14-inci. Lain-lain spesifikasi adalah hampir sama antara keduanya.



Antara persamaan tersebut ialah RAM sebanyak 8GB dan storan SSD 512GB dari jenis NVMe PCIe. Bagaimanapun, tiada tambahan storan kedua HDD dalam model Ryzen 7, berbanding model Ryzen 5 yang datang bersama storan kedua HDD 1TB.

Kapasiti bateri antara keduanya sedikit berbeza. MateBook D 14 dipasang dengan bateri 56Wh manakala MateBook D 15 dibekalkan bateri 42Wh. Begitu juga dengan beratnya di mana D 14 seberat 1.38kg dan D 15 pula 1.53kg.



Laptop MateBook D yang baru ini menggunakan pengecasan USB-C PD berkuasa 65W. Tetapi laptop ini hanya ada satu port USB-C padanya. Selain itu, terdapat 3 port USB-A, HDMI dan jek audio 3.5mm di sisi laptop.

Lain-lain perkara di laptop ini adalah seperti kamera web yang tersembunyi di papan kekunci, serta sokongan Huawei Multi-Screen yang membolehkan paparan dikongsi antara laptop dan telefon pintar Huawei terpilih. Selain itu, ia juga ada pengimbas capjari untuk perlindungan keselamatan biometrik.

Satu lagi persamaan antara kedua-dua laptop baru ini ialah harganya. MateBook D 14 dan MateBook D 15 yang dikuasakan Ryzen 7 ini berharga RM2,899 di Malaysia. Hanya ada satu warna diediakan iaitu warna perak.

Untuk watu terhad, pembelian laptop MateBook D 14 dan MateBook D 15 yang dikuasakan Ryzen 7 ini akan datang bersama hadiah percuma bernilai RM655.50 iaitu tetikus Blueotooh, beg, gelang pintar Band 4 dan baucer Baskin Robbin.

Kepada yang berminat, anda boleh membeli laptop ini di Stor Online Huawei sekarang. Adakah naik taraf kuasa serta kehilangan storan 1TB HDD ini berbaloi dengan tambahan RM600?

Tags: Huaweihuawei matebook d 14Huawei MateBook D 15
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Laptop Huawei Matebook D kini hadir dengan kuasa Ryzen 7

Laptop Huawei Matebook D kini hadir dengan kuasa Ryzen 7

20 May 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER