• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kuasa zum super Realme X3 akan tiba ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:58 pm
  • 20/05/2020
  • Komen
Kuasa zum super Realme X3 akan tiba ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu telefon berkuasa tinggi dengan harga berbaloi tahun lepas, adalah Realme X2 Pro. Kini penggantinya akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi, menjanjikan prestasi tertinggi bersama kamera yang super hebat.

Realme Malaysia hari ini telah mendedahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar Realme X3 Superzoom minggu depan. Tarikh pelancarannya telah ditetapkan pada 28 Mei 2020, beberapa hari selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini akan diadakan secara langsung menerusi Facebook Live, pukul 11 pagi.



Spesifikasi penuh telefon ini masih belum diketahui, tetapi Realme Malaysia telah berkongsi beberapa maklumat. Antaranya, Realme X3 SuperZoom akan dikuasakan cip Snapdragon 855+ yang sama seperti Realme X2 Pro. Ia juga adalah telefon pintar pertama dengan kamera periskop 60x.

Bunyinya macam ada yang tak kena, memandangkan jarak zum ini terlampau untuk dimuatkan ke dalam telefon pintar. Dari pengamatan kami, ia mungkin gabungan kamera periskop 6x bersama zum digital 10x, menjadikan ia memiliki zum 60x.



Tetapi kita boleh mengetahui mengenai telefon pintar ini lebih awal kerana ia akan dilancarkan di China pada 25 Mei, dan di Eropah pada 26 Mei. Adakah harganya akan melepasi harga pelancaran Realme X2 Pro iaitu RM2,399?

Tags: RealmeRealme X2 Superzoom
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kuasa zum super Realme X3 akan tiba ke Malaysia

Kuasa zum super Realme X3 akan tiba ke Malaysia

20 May 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN