• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: SOP di kaunter perkhidmatan buat orang ramai beratur panjang

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:46 pm
  • 27/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mengekalkan penjarakan sosial dan mencegah penularan wabak COVID-19, orang ramai perlu beratur panjang untuk melakukan pelbagai urusan di kaunter perkhidmatan kerajaan, perbankan dan pejabat pos.

Tinjauan SoyaCincau BM di beberapa lokasi sekitar Bandar Sri Permaisuri dan Salak Selatan mendapati, orang ramai sudah mula beratur sejak awal pagi di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malasia dan beberapa bank sekitar dua lokasi berkenaan.



Ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan selepas pembukaan semula sektor ekonomi dan kaunter perkhidmatan, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.

Salah seorang pengunjung di Pejabat Pos Salak Selatan, Liew Seuk Teow, 41 memberitahu, dia yang mahu memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan, mula beratur dari pukul 9.45 pagi sebelum dapat memasuki pejabat pos kira-kira 1 jam kemudian. Selepas memasuki pejabat pos, pengunjung perlu mengambil nombor giliran pula dan menunggu sehingga dipanggil.



Terdahulu, JPJ telah membuka operasi kaunter mereka bermula 29 April 2020, untuk urusan kenderaan perdagangan meliputi barangan, pelancongan dan perkhidmatan awam.

Saluran dalam talian

Bagi mengelakkan perlu beratur panjang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunter, manfaatkan platform aplikasi dan dalam talian bagi urusan yang boleh dilaksanakaan menerusi saluran berkenaan. Antara urusan yang boleh dilakukan seperti:

  • Pembayaran bil utiliti
  • Pembaharuan insurans kenderaan dan cukai jalan
  • Pembayaran cukai
  • Pembayaran zakat
  • Pembayaran ansuran pembelian barangan
  • Pembayaran pinjaman bank dan kad kredit
  • Pindahan wang

Berikut merupakan saluran perbankan dalam talian:

  1. Affin Bank Berhad (AFFINBANK)
  2. Alliance Bank
  3. AmBank
  4. Bank Islam Malaysia
  5. Bank Muamalat Malaysia
  6. Bank Rakyat
  7. Bank Simpanan Nasional
  8. CIMB Bank
  9. Citibank
  10. HSBC Bank Malaysia
  11. Hong Leong Bank
  12. Maybank
  13. MBSB Bank Berhad
  14. OCBC Bank (Malaysia)
  15. Public Bank
  16. RHB Bank
  17. Standard Chartered Saadiq
  18. United Overseas Bank (Malaysia)

Untuk lebih banyak senarai bank, boleh ke laman web Bank Negara Malaysia di pautan ini. Bagi pembaharuan insurans kenderaan dan cukai jalan pula boleh dilakukan menerusi khidmat dalam talian syarikat insurans pilihan atau terus ke portal myeg.

Dalam tempoh PKPB ini, lebih selamat untuk lakukan urusan secara dalam talian. Lakukan urusan dikaunter sekiranya perlu dan amalkan langkah pencegahan serta jaga jarak sosial.

Tags: JPJPKPBpos malaysia
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

PKPB: SOP di kaunter perkhidmatan buat orang ramai beratur panjang

27 May 2020
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN