• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bigpay turunkan lagi had tambah nilai kad kredit kepada separuh

  • OLEH Najib
  • 10:55 am
  • 02/06/2020
  • Komen
Sistem baru BigPay beri lebih banyak mata ganjaran
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Mac lepas, BigPay telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menurunkan had bulanan untuk tambah nilai menggunakan kad kredit, dari RM10,000 kepada RM5,000 akibat kos yang tinggi. Kini mereka melakukannya sekali lagi, menurunkan had ini kepada separuh menjadi RM2,500 sahaja.

Emel dari BigPay kepada pengguna

Alasan yang sama diberikan oleh BigPay untuk menurunkan had ini. Mereka terpaksa melaksanakan pengurangan had ini untuk memastikan kos yang rendah agar lebih banyak penjimatan boleh diberikan kepada pengguna. Ini kerana syarikat kad kredit mengenakan caj yang tinggi dan BigPay terpaksa menyerap kos ini untuk memberi lebih pilihan tambah nilai kepada pengguna.



Tambah nilai tanpa had masih boleh dibuat melalui kad debit atau perbankan dalam talian. BigPay juga menerangkan, mereka akan memperkenalkan lebih banyak pilihan untuk tambah nilai tidak lama lagi, janji yang sama diberikan pada bulan Mac lepas tetapi masih tidak kelihatan hingga kini.

Selain menggunakannya sebagai kad bayaran fizikal, BigPay juga boleh digunakan untuk membuat penghantaran wang ke dalam akaun bank di dalam dan luar negara. Selepas melancarkan fungsi penghantaran wang luar negara untuk Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand, BigPay menambah tiga lagi negara awal tahun ini iaitu Bangladesh, India dan Pakistan.



Tags: bigpay
Najib

Najib

POPULAR

Sistem baru BigPay beri lebih banyak mata ganjaran

Bigpay turunkan lagi had tambah nilai kad kredit kepada separuh

2 June 2020
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN