Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kemaskini iOS 13.5.1 halang pengguna iPhone dari menggunakan “jailbreak”

Dua minggu lepas, Apple telah mengeluarkan kemaskini iOS 13.5 yang antaranya, memudahkan cara membuka kunci skrin dengan Face ID walaupun memakai topeng muka. Kini mereka telah mengeluarkan satu lagi kemaskini penting, versi 13.5.1 untuk iOS dan juga iPadOS.

Perkara paling penting di dalam kemaskini 13.5.1 adalah menampal lubang jailbreak yang ditemui oleh pasukan Unc0ver, tidak lama selepas kemaskini 13.5 dikeluarkan. Lubang ini boleh digunakan di semua jenis iPhone yang menjalankan iOS 11 dan ke atas, termasuk iOS 13.5.

Salah satu pakar jailbreak, Pwn20wnd memberitahu Wired, jailbreak ini membenarkan pengecualian ditambah ke dalam peraturan keselamatan sedia ada. Walaupun ia boleh memberikan kebebasan kepada pengguna untuk mengubah tetapan iPhone mereka, ia juga membuka ruang yang besar untuk penggodam menyalahgunakan untuk tujuan jahat.

Pastinya perkara ini memberi tamparan buat Apple kerana berhadapan masalah besar tidak lama selepas kemaskini dikeluarkan. Bagaimanapun, tindak balas pantas dari Apple mengeluarkan baikpulih boleh dipuji, memastikan peranti pengguna terhalang dari penyalahgunaan mereka yang tidak berniat jahat.

Kedengaran juga beberapa pengguna iPhone yang gembira kerana dapat jailbreak peranti mereka. Tetapi awas, ia juga menyebabkan iPhone anda terdedah kepada serangan luar. Kemaskini segera ke iOS 13.5.1 untuk menutup lubang tersebut.

Jika kemaskini iOS 13.5.1 tidak dimuat turun secara automatik, anda boleh melakukannya secara manual dengan pergi ke Settings > General > Software Update.

Sumber: Engadget

BACA  Imej acuan iPhone 12 tersebar di Twitter, ia digambarkan bawa kembali rekaan sisi rata